Pulau Pinang akan menjadi medan persaingan bagi Pusingan Ketiga Toyota Gazoo Racing Festival yang bakal menyaksikan pelumba dari tiga kategori Vios Challenge lebih sengit pada hujung minggu ini.
Perlumbaan di Stadium Batu Kawan pada 15 dan 16 Februari ini adalah sangat kritikal dalam menentukan kejuaraan di dalam kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional.
Ia adalah perlumbaan terakhir yang dipertandingkan di litar jalanan sebelum acara kemuncak berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada April ini.
Dalam kelas Super Sporting untuk pelumba profesional, Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley ketika ini mendahulu dengan 36 mata, hanya berbeza lapan mata daripada pelumba Laser Motor, Mark Darwin dan diikuti oleh Kenny Lee dengan satu mata di belakang.
Dengan seramai 17 pemandu yang akan berentap, saingan di dalam kategori Sporting pula tidak kalah sengit. S&D Tama Motorsport dan wartawan automotif Tom Goh sedang mendahului ketika ini dengan 28 mata, hanya dua mata di hadapan Haji Sutan Mustaffa Salihin yang membuat penampilan sulung dalam TGR.
Pendahulu bagi kategori Promotional (selebriti) ketika ini ialah pengacara dan pelawak televisyen, Nabil Ahmad yang memiliki kelebihan empat mata di hadapan juara Musim 1 Shawn Lee dengan 28 mata.
Penyanyi Khai Bahar pula menduduki tempat ketiga. Keseluruhannya terdapat 10 selebriti tempatan akan memanaskan grid termasuk Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Wany Hasrita, Ain Edruce dan Syafiq Kyle.
Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, TGR Festival kembali lagi ke Pulau Pinang untuk musim ketiga berturut-turut dengan barisan aktiviti yang menarik untuk dihidangkan kepada pengunjung dan peminat sukan perlumbaan.
"Keserononokan TGR Festival tidak hanya terhad kepada aksi-aksi di dalam litar sahaja, tetapi turut disumbangkan juga oleh banyak lagi aktiviti-aktiviti keluarga yang lain.
“Antaranya ia akan menampilkan pameran barisan kenderaan terbaru Toyota, persembahan drift, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas, persembahan oleh selebriti, aktiviti-aktiviti promosi, cabutan bertuah dan jualan cenderahati,” katanya.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sihat, TGR Festival turut akan membawakan acara larian di dalam litar serta sesi zumba pada hari Ahad. Pendaftaran adalah percuma dengan cenderahati akan diagihkan bagi 500 peserta terawal.
Turut dipamerkan nanti ialah kereta GR Supra bagi perlumbaan Super GT sempena dengan Kejuaraan Super GT pusingan Malaysia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang bulan Julai nanti.
Tarikan lain yang turut disediakan ialah pameran sebuah model Toyota KE-10 1968 yang direstorasi selengkapnya, pameran kereta retro oleh Art of Speed serta pameran motosikal dan cenderahati Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi.
Erywan
Wed Feb 12 2020
Nigel Payung Barang Boek! Menangis Isha dapat…. | Motif Trending
Fuyooo bestnya! Mintak barang terus dapat eh. Jeles lah macam ni! Korang kat sini siapa beli produk Capcity ni??
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.