Tempatan

Sah, Kenderaan Porsche Bakal Dipasang Di Malaysia Bermula 2022

gempak
Erywan
30/08/2021
05:06 MYT
Sponsor Banner
Sah, Kenderaan Porsche Bakal Dipasang Di Malaysia Bermula 2022
Porsche dan Sime Darby Berhad bakal melakukan pemasangan bagi model Porsche untuk pasaran tempatan bermula tahun hadapan. Ia bagi merebut peluang pertumbuhan di rantau ASEAN yang mewakili persekitaran pasaran sangat dinamik dengan potensi pertumbuhannya.
Dalam masa 10 tahun, Porsche sudah menjalani hubungan dengan Sime Darby Berhad selaku pengimport dan pengedar eksklusif jenama kereta sport itu di negara ini.
Kerjasama itu ditambah dengan data peminat Porsche yang berkembang di Malaysia, selain memberikan hasil memberangsangkan walaupun dalam keadaan yang mencabar pada tahun lalu dengan peningkatan sembilan peratus penghantaran.
Anggota Lembaga Eksekutif Pengeluaran dan Logistik di Porsche, Albrecht Reimold berkata, kilangnya kini tidak dapat memenuhi permintaan global semasa dan masa depan.
“Walaupun, tempat pemasangan baru di Malaysia hanya memenuhi keperluan pasaran tertentu dan bersaiz sederhana, ini menandakan kesediaan kami untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan di kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Anggota Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Porsche, Detlev von Platen berkata, Malaysia dan seluruh negara ASEAN adalah wilayah yang berpotensi besar dan pihaknya menantikan model pemasangan tempatan pertama untuk pelanggan Malaysia pada tahun depan.
Menurutnya, ketika Porsche bergerak ke era mobiliti baru, Malaysia dan rantau ASEAN semakin penting kerana langkah itu adalah sebahagian dari inisiatif untuk mengikuti permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang pesat.
Buat masa ini, Sime Darby Motors memiliki kilang pemasangan Inokom di Kulim, Kedah yang turut memasang beberapa jenama kenderaan lain seperti BMW, Hyundai, Mazda dan Mini. Selain itu, tiada maklumat lanjut berhubung model Porsche apa yang bakal di pasang di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live