,
Antarabangsa

Transformers Gigawatt Dari Filem Back To The Future

Erywan
10/07/2020
00:38 MYT
Bagi peminat Transformers, nampaknya sudah ada satu watak robot baharu dicipta yang dipanggil Gigawatt.
Apa yang membuatkan robot ini lebih menarik ialah ia terhasil daripada kereta DeLorean milik Doctor Brown (Doc Brown) dari filem Back to the Future.
Ini boleh dikatakan produk crossover paling menarik muncul dalam pasaran dunia setakat ini, tetapi ia cukup hangat sehingga semua jualannya habis dalam masa beberapa minit.
Robot ini terbentuk sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-35 filem blokbuster Back to the Future, dibintangi oleh Michael J. Fox melakonkan watak Marty McFly dan Christopher Lloyd sebagai Doctor Emmett "Doc" Brown.
Menyertai pasukan Autobot, Gigawatt ada persamaan dengan kereta DeLorean itu iaitu mampu kembara merentas masa.
Apabila mengubah bentuk menjadi robot, ketinggian Gigawatt ialah 5.5 inci tinggi dan mempunyai beberapa ciri yang mengambil inspirasi daripada DeLorean milik Doc Brown. Antara komponen paling ketara ialah plet dada kapasitor fluks (flux capacitor) mirip seperti dalam filem terbabit.
Malah jika diteliti pada mata Gigawatt, nampaknya ia sudah memakai gogel sama seperti Doc Brown dalam filem Back to the Future.
Untuk mengubah Gigawatt dari formasi robot menjadi kereta rentas masa DeLorean, ia mengambil 17 langkah. Sebaik menjadi bentuk kereta, pintu jenis gullwing boleh dibuka.
Roda kereta ini boleh dipusing dari kedudukan menegak menjadi mendatar. Tambahan aksesori lain membabitkan cangkuk panahan petir seperti dalam filem berkenaan.
Selain itu, ada siri komik empat bahagian mengenai Transformers dan Back to the Future akan diterbitkan. Malangnya, kisah penceritaannya tetap dirahsiakan.
Model Gigawatt cuma dijual secara eksklusif di pasar raya Walmart dan perlu ditempah lebih awal. Hanya 1,985 unit dihasilkan dan semuannya habis dijual. Bagiamanapun, timbul rasa lega apabila ada pengesahan menyatakan siri keluaran kedua figura robot ini akan dibuat tidak lama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

DeLorean DMC-12 dilelong RM161,135

gempak
02/06/2019
03:42 MYT
DeLorean ini adalah satu daripada hampir 9,000 unit yang dihasilkan pada awal tahun 1981 hingga hujung tahun 1982