Antarabangsa

Vyrus Alyen ‘Langgar’ Reka Bentuk Asas Bagi Sebuah Motosikal

gempak
Erywan
07/04/2020
08:32 MYT
Sponsor Banner
Vyrus Alyen ‘Langgar’ Reka Bentuk Asas Bagi Sebuah Motosikal
Pengeluar motosikal Itali, Vyrus sekali lagi mengejutkan dunia automotif dengan memperkenalkan model baharunya menerusi Alyen.
Buat pengetahuan anda, Vyrus adalah adalah pengeluar automotif kecil di Itali yang menghasilkan superbike dengan menggunakan enjin Ducati serta menerapkan teknologi yang tidak konvensional.
Kali ini, mereka mencipta Alyen dengan rekaan yang cukup unik serta ‘melanggar’ reka bentuk asas bagi sebuah motosikal.
Jentera ini menggunakan enjin Ducati 1,285cc V-Berkembar, selain dipadankan dengan kawalan hub tengah serta kerangka Magnesium.
Enjin yang digunakan itu adalah sama seperti Ducati Panigale 1199 keluaran 2014 dengan menyalurkan 195hp, tetapi Vyrus sudah menaik taraf rangkaian kuasa itu untuk menyalurkan 205hp pada 10,500rpm.
Motosikal itu tidak mempunyai fork konvensional, tetapi menggunakan Sistem Kawalan Berwayar Hidraulik atau dalam nama lain iaitu kawalan hub tengah.
Sistem itu memisahkan fungsi kawalan dan penggantungan, sekali gus membantu memisahkan tekanan brek daripada pergerakan suspensi untuk membuat motosikal lebih tangkas di selekoh.
Kerja badan motosikal ini menggunakan material gentian karbon, tetapi ia sangat berbeza berbanding jentera dua roda yang lain. Lampu hadapan tampak cukup kreatif serta mempunyai pelindungan tangan yang turut dilengkapi lampu isyarat. Sistem ekzosnya juga satu daripada evolusi baharu yang pernah dipasang pada model Vyrus 982 M2.
Bagi memberi lebih ringan, ia dipadankan dengan rim gentian karbon daripada jenama Rotobox serta kuasa hentian diperkuatkan menggunakan Brembo GP4.
Buat masa ini, Vyrus masih lagi tidak mendedahkan berapa unit Alyen yang akan dihasilkan serta harganya juga tidak dimaklumkan lagi.
Jika jentera ini dilancarkan di pasaran nanti, ia bakal menjadi persaingan bagi Bimota Tesi H2 yang mana ia memiliki sistem suspensi sama, tetapi menggunakan enjin Kawasaki H2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live