TEMPATAN
Yamaha Vietnam Lancar Warna Ikonik Untuk Exciter 155 VVA Sempena Ulang Tahun Ke-60 Jenama Itu
Sempena menyambut ulang tahun ke-60, Yamaha Motor Vietnam memperkenalkan Yamaha Exciter 155 VVA dengan warna legenda merah putih dengan rim aloi warna emas.
Sekali imbas, ia kelihatan seperti warna Yamaha RX-Z Energy yang ada di pasaran Malaysia. Warna badan putih dengan merah berpetak pada bahagian sisinya.
Bagi Yamaha Exciter 155 VVA itu, petak merah bermula pada bahagian belakang sampai pada bahagian depan. Cuma pada bahagian hendal, terdapat satu jalur kuning dan kelabu.

Bahagian meter di kepalannya pula, ia dipadankan dengan ciri digital LCD baru yang menyalurkan pelbagai maklumat membabitkan kelajuan, rpm serta posisi gear.
Untuk pengendaliannya, ia menggunakan fork hadapan pula ditala semula untuk menjadi lebih tinggi 10 mm (kini 100 mm). Monoshock belakang pula didatangkan dengan pelindung baru.

Must-Watch Video