Sebagai memperingati pasukan Yamaha MotoGP 2020, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha Y15ZR GP edisi terhad.

Jentera yang diminati ramai masyarakat Malaysia itu diceriakan dengan corak Monster Energy Yamaha MotoGP.


Reka bentuk itu diilhamkan oleh jentera MotoGP, Yamaha YZR-M1 yang ditunggangi oleh dua pelumba membabitkan Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam MotoGP 2020.


Apa yang menariknya, setiap pembelian Yamaha Y15ZR Edisi GP, pemilik akan menerima Sijil Pemilikan serta set jam tangan koleksi Y15ZR eksklusif.


Rangkaian kuasanya masih lagi sama iaitu menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150cc dengan menyalurkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.


Edisi Y15ZR GP akan berada di peniaga sah Yamaha bermula pertengahan Ogos 2020 dan dijual pada harga RM8,868.