TEMPATAN
Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU, Hanya 5,000 Unit Harga Bermula RM11,688
Hong Leong Yamaha Motor melancarkan Yamaha Y16ZR edisi terhad menerusi varian DOXOU buat pasaran Malaysia dengan hanya 5,000 unit sahaja.
DOXOU yang diambil daripada perkataan Jepun iaitu DOKUSOU bermaksud ‘kreatif dan mendahului daripada yang lain”.

Bagi membuatkan ia lebih unik dan eksklusif, setiap pembelian akan menerima sijil pemilikan. Pada masa sama, jentera itu dipadankan visor sport di bahagian kepala dengan mempunyai logo DOXOU.

Enjin itu menyalurkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm dan disalurkan ke kotak gear enam kelajuan yang turut dipadankan (klac slip & assist). Ia naik 3hp berbanding Y15ZR generasi pertama dan kedua.


Must-Watch Video