Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

5 Sebab Kenapa Kedai Fizikal Produk 'Wellness' Masih Relevan Dalam Era Beli Segalanya Online

onecare
Advertisement

Walaupun kebanyakan urusan kini boleh diselesaikan secara digital, pembukaan kedai fizikal oleh jenama kesejahteraan tempatan Onecare di Pavilion Kuala Lumpur membuktikan bahawa sentuhan bersemuka masih memainkan peranan penting, khususnya dalam gaya hidup berkaitan kesihatan.

Ini lima sebab kenapa kedai fizikal produk kesejahteraan masih relevan pada masa kini ketika ramai memilih untuk membeli secara atas talian:

Advertisement

1. Kepercayaan lebih penting daripada klik

Produk kesejahteraan memerlukan tahap kepercayaan yang lebih tinggi berbanding produk biasa. Kehadiran kedai fizikal membolehkan pengguna melihat, bertanya dan memahami produk secara langsung sebelum membuat keputusan, sesuatu yang sukar dicapai melalui pembelian atas talian semata-mata.

Pengasas dan Pengarah Urusan Onecare, Tan Lai Yan, berkata pertumbuhan syarikat sejak penubuhannya dipacu oleh pendekatan yang meletakkan fokus utama kepada pelanggan serta komitmen berterusan terhadap kualiti.

Advertisement

“Keutamaan terhadap standard ramuan dan integriti produk menjadi asas Onecare dalam membina kepercayaan pengguna,” katanya.

2. Pengguna Malaysia semakin selektif

Perubahan corak pengguna tempatan turut mendorong langkah ini. Pengguna kini lebih peka terhadap formulasi produk, kredibiliti jenama serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan, bukan lagi sekadar mengikut trend atau promosi.

3. Pengalaman berbeza

Kedai fizikal bukan sekadar ruang jual beli. Ia turut berfungsi sebagai platform untuk sesi konsultasi, pendidikan dan perkongsian ilmu kesihatan, menjadikan kesejahteraan satu pengalaman yang lebih menyeluruh.

4. Dipacu pengalaman antarabangsa

Diasaskan pada 2009 di Malaysia dan Singapura, Onecare sebelum ini membina reputasi di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Australia. Pengalaman mengendalikan pasaran luar yang lebih terkawal mempengaruhi pendekatan mereka dalam membangunkan produk dan pengalaman pelanggan.

5. Strategi lokasi

Pemilihan pusat beli-belah utama seperti Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan perancangan pembukaan di 1 Utama mencerminkan strategi untuk mendekati pengguna urban dan antarabangsa yang menjadikan pusat beli-belah sebagai destinasi gaya hidup, bukan sekadar tempat membeli-belah.

Langkah memasuki pasaran runcit tempatan ini juga selari dengan pertumbuhan sektor kesejahteraan negara yang semakin pesat, menjadikan pendekatan fizikal dan digital sebagai pelengkap antara satu sama lain dalam memenuhi keperluan pengguna moden.

Maklumat lanjut mengenai Onecare boleh didapati menerusi laman web rasmi mereka.

Anda mungkin berminat dengan

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

[New Launch] KATE Jelly-Gloss Lasting Foundation

[New Launch] KATE Jelly-Gloss Lasting Foundation

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement