Skip to main content

Berita Tempatan

Ada Bisnes Makanan? Ini 5 Sebab TF Borong Boleh Mudahkan Urusan Peniaga!

Ada Bisnes Makanan? Ini 5 Sebab TF Borong Boleh Mudahkan Urusan Peniaga!

Sekilas

  • TF Borong diperkenalkan oleh TF Value-Mart sebagai perkhidmatan pembelian borong khusus untuk pengusaha makanan dengan lebih 2,000 produk termasuk bahan mentah premium dan keperluan dapur.
  • Perkhidmatan ini menawarkan harga kompetitif untuk pembelian pukal, kemudahan potongan daging mengikut saiz pilihan pelanggan, serta pesanan melalui WhatsApp dengan bantuan personal shopper.
  • TF Borong kini beroperasi di Batu Caves dan Taman Connaught, dengan rancangan pengembangan ke 20 cawangan menjelang akhir 2027, termasuk pembukaan cawangan di Port Dickson pada Disember 2026.
Advertisement

Bagi yang mengusahakan restoran, kafe, perniagaan katering atau gerai makanan, mendapatkan bekalan pada harga berpatutan sememangnya antara perkara penting untuk memastikan perniagaan berjalan lancar.

Bukan sahaja perlu mencari bahan mentah berkualiti, pengusaha makanan juga perlu bijak menguruskan masa, kos dan stok harian.

Advertisement

Memahami cabaran itu, TF Value-Mart kini memperkenalkan TF Borong, sebuah perkhidmatan pembelian borong khusus untuk pengusaha makanan dan perniagaan kecil.

Dilancarkan di Batu Caves dan Taman Connaught pada 29 Oktober lalu, TF Borong menawarkan pelbagai kemudahan yang boleh membantu melancarkan urusan pembelian bekalan perniagaan.

Jom lihat lima perkara menarik mengenai TF Borong!

Advertisement

1. Lebih 2,000 Produk Untuk Keperluan Bisnes

Daripada barangan asas dapur sehinggalah bahan mentah premium, TF Borong menawarkan akses kepada lebih 2,000 produk baharu khusus untuk industri makanan.

Antaranya termasuk sayur-sayuran segar, barangan keperluan dapur, bekalan operasi, udang kara import, ketam salji serta daging Angus dan Wagyu.

Jadi, sama ada mengusahakan gerai makanan kecil atau restoran, peniaga mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan mengikut keperluan perniagaan.

Bagaimanapun, pilihan produk adalah tertakluk kepada ketersediaan di setiap lokasi.

2. Beli Dalam Kuantiti Banyak Dengan Harga Kompetitif

Bagi pengusaha makanan, pembelian bahan mentah dalam kuantiti besar boleh menjadi sebahagian daripada strategi menguruskan kos operasi.

TF Borong menawarkan produk dalam pembungkusan pukal dengan harga kompetitif, khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan perniagaan.

Kemudahan ini membolehkan peniaga merancang pembelian bekalan dengan lebih teratur, terutama ketika berdepan permintaan tinggi seperti musim perayaan dan hujung tahun.

3. Nak Potong Daging Ikut Saiz Sendiri? Pun Boleh!

Ini antara kemudahan menarik yang ditawarkan TF Borong.

Setiap cawangan TF Borong menyediakan khidmat pakar pemotongan daging yang boleh menyediakan potongan mengikut spesifikasi pelanggan.

Pengusaha restoran boleh menentukan saiz hidangan, jenis potongan dan cara kemasan daging berdasarkan keperluan menu masing-masing.

Secara tidak langsung, perkhidmatan ini dapat membantu memudahkan kerja penyediaan bahan mentah di dapur.

4. Tak Perlu Susah-Susah, Boleh Buat Pesanan Melalui WhatsApp

Sibuk menguruskan restoran atau gerai sehingga tiada masa untuk membeli bekalan?

TF Borong turut menawarkan kemudahan membuat pesanan melalui WhatsApp serta bantuan pembeli peribadi atau personal shopper.

Peniaga hanya perlu mendaftar sebagai ahli TF Borong melalui WhatsApp di 012-966 3488 untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan dan tawaran khusus perniagaan.

Kemudahan ini memberi lebih fleksibiliti kepada pengusaha yang perlu menguruskan pembelian sambil menjalankan operasi harian.

5. Bakal Diperluaskan Ke Lebih Banyak Lokasi

Buat masa ini, TF Borong sudah diperkenalkan di dua lokasi iaitu Batu Caves dan Taman Connaught.

Namun, perkhidmatan berkenaan tidak terhenti di situ apabila TF Value-Mart merancang untuk memperluaskannya ke 20 cawangan menjelang akhir 2027.

Cawangan seterusnya dirancang untuk dibuka di Port Dickson pada 1 Disember 2026.

Malah, lebih RM20 juta diperuntukkan bagi menyokong peluasan tersebut, termasuk menaik taraf premis, menambah produk serta mendapatkan tenaga pakar pemotongan daging.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value-Mart, Ho Mun Hao berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi membantu pengusaha makanan mendapatkan sokongan pembekalan yang lebih bersesuaian dengan keperluan mereka.

“Sektor perkhidmatan makanan merupakan antara segmen paling berdaya tahan dalam ekonomi pengguna Malaysia.

“Pengusaha yang memastikan sektor ini terus bergerak, daripada penjaja sehingga dapur hotel, berhak mendapat pembekal yang memahami keperluan mereka.

“TF Borong menggabungkan rangkaian kedai, keupayaan pembelian secara besar-besaran serta kepakaran pemotongan daging dalaman kami untuk menyokong perniagaan ini.

“Pelaburan lebih RM20 juta dan perancangan untuk mencapai 20 cawangan menjelang akhir 2027 mencerminkan betapa seriusnya kami melihat peluang ini,” katanya.

Untuk rekod, TF Value-Mart yang ditubuhkan sejak 1957 kini mempunyai 51 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dengan pengenalan TF Borong, pengusaha makanan kini mempunyai satu lagi pilihan untuk mendapatkan bekalan perniagaan dengan lebih mudah, sama ada melalui pembelian secara pukal, perkhidmatan pemotongan daging mahupun pesanan melalui WhatsApp.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement