Skip to main content

Gaya Hidup

BNPL Bukan Tiket Berbelanja Mewah, Fahami Cara Pengurusan Kewangan Yang Tepat

Astrogempak BNPL

Pendidik kewangan Faiz Azmi menjelaskan bahawa kemudahan Buy Now Pay Later atau BNPL sebenarnya bukan semata-mata digunakan untuk membeli barangan mewah, sebaliknya membantu ramai pengguna mengurus aliran tunai harian.

Menurut Faiz, kajian menunjukkan majoriti rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut bagi mengurus kewangan dengan lebih teratur.

“Kajian menunjukkan rakyat Malaysia yang menggunakan BNPL bukanlah untuk membeli barang mewah. Sebaliknya, kira-kira 57 peratus pengguna menggunakan kemudahan ini untuk mengurus aliran tunai mereka,” katanya.

Faiz menjelaskan, salah satu sebab utama ramai memilih BNPL adalah kerana tidak semua individu mempunyai akses mudah kepada kemudahan kredit seperti kad kredit.

Golongan pekerja dalam ekonomi gig atau mereka yang baru mula membina rekod kewangan sering berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses kepada produk kewangan tradisional.

Menurutnya, di sinilah perkhidmatan seperti SPayLater memainkan peranan penting sebagai langkah permulaan untuk membina rekod kewangan.

“Tak semua orang ada akses kepada kad kredit. Terutamanya mereka yang bekerja dalam gig economy atau yang baru nak bina rekod kewangan.

“SPayLater boleh menjadi ‘stepping stone’ untuk mereka bina sejarah kewangan atau ‘financial paper trail’. Ini boleh memudahkan urusan permohonan kewangan pada masa akan datang,” jelasnya.

Faiz turut memberikan contoh bagaimana kemudahan BNPL boleh membantu pengguna mengurus pembelian besar tanpa menjejaskan perbelanjaan harian.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang perlu membeli tayar kereta bernilai RM600, pembayaran boleh dibuat secara ansuran selama tiga bulan.

“Daripada bayar RM600 sekali gus, anda boleh pecahkan kepada ansuran tiga bulan. Jadi hanya perlu bayar RM200 setiap bulan. Jumlah keseluruhan masih sama RM600, tetapi aliran tunai bulanan anda lebih terurus,” katanya.

Tambahnya, pilihan pembayaran tertentu juga menawarkan kadar pemprosesan sifar peratus jika pengguna memilih pelan ansuran tertentu.

Walaupun begitu, Faiz mengingatkan pengguna supaya tidak menyalahgunakan kemudahan BNPL sehingga mendorong kepada tabiat berbelanja di luar kemampuan.

Menurutnya, kemudahan kewangan seperti ini sepatutnya digunakan sebagai alat pengurusan kewangan, bukannya tiket untuk berbelanja tanpa kawalan.

“Jangan pula semua benda nak beli guna SPayLater. Sampai barang yang tidak diperlukan pun dibeli hanya kerana ada kemudahan itu.

“Kita gunakan alat kewangan ini untuk mengurus duit, bukan untuk menambah beban hutang,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement