Skip to main content

Kecantikan

Bukan Sekadar Urut! 6 Cara Nur Taj Spa & Beauty Angkat Wellness Tourism Di Malaysia

Bukan Sekadar Urut! 6 Cara Nur Taj Spa & Beauty Angkat Wellness Tourism Di Malaysia

Sekilas

  • Pelancongan kesejahteraan kini menjadi trend dengan Nur Taj Spa & Beauty membuka cawangan baru di Putrajaya yang menampilkan rawatan tradisional Malaysia.
  • Urutan Malaysia yang menggabungkan teknik dari pelbagai etnik tempatan dipromosikan sebagai identiti unik dalam industri wellness.
  • Pengiktirafan mesra Muslim dan penggunaan herba tradisional menambah nilai kepada pengalaman pelancongan yang inklusif dan berteraskan warisan.
Advertisement

Percutian hari ini bukan lagi sekadar mencari lokasi cantik, menikmati makanan atau membeli-belah.

Seiring perubahan gaya hidup, semakin ramai pelancong mencari pengalaman yang dapat menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, sekali gus membuka ruang kepada Malaysia mengetengahkan khazanah rawatan tradisional sebagai sebahagian daripada produk pelancongan.

Advertisement

Antara yang membawa aspirasi tersebut ialah Nur Taj Spa & Beauty yang baru membuka cawangan di Mercure Living Putrajaya dengan mengetengahkan pengalaman kesejahteraan berteraskan warisan Malaysia.

Berikut enam perkara menarik mengenai potensi rawatan tradisional tempatan dalam perkembangan pelancongan kesejahteraan atau wellness tourism.

  1. Wellness kini sebahagian daripada pengalaman bercuti

Industri kesejahteraan kini berkembang sebagai salah satu segmen pelancongan bernilai tinggi apabila pelancong semakin mencari pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyokong kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, perkembangan tersebut turut berpotensi menjana manfaat ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta memperkasa usahawan tempatan.

Bagi Pengasas dan Pengarah Urusan Nur Taj Spa & Beauty, Hajjah Selinastein Mohd Rashid, perkembangan itu membuka peluang untuk pengalaman kesejahteraan tempatan diketengahkan dengan lebih serius.

“Majlis hari ini bukan sekadar perasmian sebuah spa. Ia merupakan satu langkah ke hadapan dalam aspirasi kami untuk menyumbang kepada pembangunan pelancongan kesejahteraan Malaysia.”

2. Malaysia mempunyai identiti urutannya sendiri

Antara potensi yang mahu diketengahkan ialah Urutan Malaysia, sebuah modul yang menggabungkan teknik urutan daripada kepelbagaian masyarakat Melayu, Cina, India serta etnik Sabah dan Sarawak.

Dengan latihan profesional, standard kualiti dan penjenamaan yang kukuh, konsep tersebut dilihat mempunyai identiti tersendiri untuk diketengahkan kepada pelancong antarabangsa.

Selinastein berkata, antara misi Nur Taj Spa adalah memastikan khazanah tersebut mampu berdiri sebaris dengan terapi tradisional yang sudah dikenali dari negara lain.

“Misi kami pula adalah untuk terus memelihara dan memartabatkan terapi tradisional Nusantara, khususnya Urutan Malaysia, agar ia dikenali sebagai satu produk kesejahteraan kebanggaan negara dan mampu berdiri sebaris dengan urutan tradisional negara-negara lain yang telah dikenali di seluruh dunia.”

3. Herba dan ramuan tradisional masih relevan

Walaupun industri wellness semakin moden, penggunaan herba dan ramuan tradisional masih mempunyai tempat apabila disesuaikan dengan pengalaman penjagaan diri masa kini.

Di cawangan Putrajaya, Nur Taj Spa & Beauty mengetengahkan rawatan berteraskan warisan Melayu termasuk penggunaan herba serta ramuan tradisional di samping memberi sokongan kepada modul Urutan Malaysia.

“Di cawangan Putrajaya ini, kami mengetengahkan elemen warisan Melayu dan Malaysia melalui rawatan serta penggunaan herba dan ramuan tradisional.

“Paling utama, kami memberikan sokongan penuh kepada Urutan Malaysia, sebuah modul yang menggabungkan keunikan teknik urutan daripada kepelbagaian kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India serta etnik Sabah dan Sarawak.”

4. Pengalaman mesra Muslim semakin penting

Satu lagi aspek yang semakin mendapat perhatian dalam pelancongan ialah pengalaman mesra Muslim.

Nur Taj Spa & Beauty Putrajaya menerima pengiktirafan Bintang daripada MOTAC serta pengiktirafan Mesra Muslim menerusi Islamic Tourism Centre (ITC).

Jenama yang diasaskan pada 2015 itu juga pernah menerima pengiktirafan The Best Muslim-Friendly Spa pada World Islamic Tourism Award 2023.

“Kami juga amat berbangga kerana Nur Taj Spa Putrajaya telah mendapat pengiktirafan Bintang daripada MOTAC serta pengiktirafan Mesra Muslim melalui Islamic Tourism Centre (ITC).”

Pendekatan tersebut menunjukkan bagaimana keselesaan dan keperluan pengguna Muslim boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman kesejahteraan yang lebih inklusif.

5. Pelancong boleh mengenali Malaysia melalui pengalaman wellness

Malaysia sudah cukup sinonim dengan makanan, keindahan alam, seni dan kepelbagaian budaya sebagai tarikan pelancongan.

Namun, terapi tradisional turut mempunyai potensi menjadi satu lagi pengalaman yang boleh memperkenalkan identiti negara kepada pengunjung antarabangsa.

“Harapan saya, apabila pelancong datang ke Malaysia, mereka bukan sahaja mengenali keindahan alam, makanan dan budaya kita, tetapi turut mengenali pengalaman kesejahteraan Malaysia sebagai satu tarikan pelancongan yang tersendiri.”

Selain Urutan Malaysia, Nur Taj turut menawarkan rawatan seperti Terlena Massage, rawatan badan, facial, terapi herba dan pakej pengantin.

Cawangan baharunya di Mercure Living Putrajaya turut menjalinkan kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026/2027.

6. Boleh buka lebih banyak peluang kepada terapis tempatan

Perkembangan wellness tourism bukan hanya mengenai pengalaman pelanggan, malah mampu membuka peluang kerjaya serta meningkatkan kemahiran tenaga tempatan.

Nur Taj yang bermula secara sederhana di Busana Menara MARA, Kuala Lumpur kini berhasrat memperluaskan operasi ke lebih banyak lokasi strategik serta melahirkan lebih ramai terapis tempatan berkemahiran.

“Insya-Allah, Nur Taj Spa berhasrat untuk memperluaskan jenama ini ke lokasi-lokasi strategik lain, melahirkan lebih ramai terapis tempatan yang berkemahiran serta membawa pengalaman kesejahteraan berteraskan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.”

Mengangkat tema ‘Harmoni Warisan, Kesejahteraan Sejagat’, Selinastein berharap usaha membawa terapi tradisional tempatan ke hadapan tidak berhenti sebagai kempen atau slogan semata-mata.

“Semoga ‘Harmoni Warisan, Kesejahteraan Sejagat’ bukan sekadar slogan, tetapi menjadi satu usaha berterusan untuk membawa khazanah kesejahteraan Malaysia lebih jauh ke persada dunia.”

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Laneige Water Bank Gentle Gel Cleanser 250ML

Dove Beauty Nourishing Shower Gel

Dove Beauty Nourishing Shower Gel

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

[New Launch] KATE Jelly-Gloss Lasting Concealer Clear

[New Launch] KATE Jelly-Gloss Lasting Concealer Clear

Must Watch Video

Advertisement