Skip to main content

Gaya Hidup

“Burnout Bukan Sebab Badan Tak Rehat, Tetapi...” - Fadzilah Kamsah

“Burnout Bukan Sebab Badan Tak Rehat, Tetapi...” - Fadzilah Kamsah

Sekilas

  • Datuk Mohd Fadzilah Kamsah menegaskan bahawa burnout bukan hanya disebabkan badan yang tidak rehat, tetapi minda yang terus bekerja menerima terlalu banyak maklumat.
  • Beliau menjelaskan bahawa aktiviti seperti melayari media sosial semasa rehat sebenarnya membuatkan otak tidak berhenti bekerja walaupun badan kelihatan duduk sahaja.
  • Datuk Fadzilah menggalakkan masyarakat untuk berehat dengan cara yang lebih bermakna, seperti meletakkan telefon dan membaca Al-Quran bagi menenangkan minda.
Advertisement

Pakar motivasi, Datuk Mohd Fadzilah Kamsah mengingatkan masyarakat supaya tidak menyangka tubuh badan sedang berehat hanya kerana mereka sedang duduk atau tidak melakukan aktiviti fizikal.

Menurut beliau, keadaan burnout yang dialami seseorang kadangkala bukan berpunca daripada badan yang tidak mendapat rehat secukupnya, sebaliknya minda yang terus bekerja akibat terlalu banyak menerima maklumat.

Advertisement

Burnout itu kadang-kadang bukan sebab badan kamu tak rehat, tetapi otak kamu yang tidak pernah berhenti,” katanya.

Beliau berkata, situasi tersebut sering berlaku apabila seseorang menghabiskan waktu rehat dengan telefon bimbit, termasuk melayari media sosial, menonton siaran langsung atau mengikuti pelbagai kandungan.

“Nampak sahaja kamu duduk, tetapi tangan masih scroll telefon. Sekejap baca Threads, sekejap tengok live, sekejap tengok video sedih.

“Seribu satu cerita masuk ke kepala. Kita sangka sedang berehat, rupanya otak masih bekerja menerima maklumat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Datuk Fadzilah menyarankan agar masyarakat mula mengubah cara mereka berehat dengan memberikan ruang kepada minda untuk benar-benar tenang.

Beliau mencadangkan agar telefon diletakkan buat sementara waktu dan masa tersebut digunakan untuk membaca Al-Quran.

“Apa kata waktu kamu duduk itu, letakkan telefon sekejap. Buka Al-Quran.

“Biar mata berhenti mengejar dunia dan mula melihat keindahan susunan ayat daripada-Nya,” katanya.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement