Jenama kasut terkenal Skechers sekali lagi mencuri perhatian peminat fesyen jalanan apabila melancarkan koleksi terbaharu, Skechers Street UNO Ryze.
Menampilkan rekaan retro runner dengan sentuhan moden yang lebih berani dan bergaya, kasut ini direka khusus untuk mereka yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan penampilan.
Diperkukuhkan dengan teknologi kusyen ikonik Skechers serta pilihan warna versatil untuk lelaki dan wanita, UNO Ryze hadir sebagai pilihan baharu buat pencinta streetwear yang mahu tampil yakin setiap hari.
1. Rekaan Retro Runner dengan sentuhan moden
Skechers memperkenalkan Skechers Street UNO Ryze sebagai interpretasi baharu gaya retro runner dengan siluet yang lebih berani, tinggi dan menyerlah, sesuai untuk peminat streetwear masa kini.
2. Duta Jenama Serantau Cha Eun-woo jadi wajah kempen
Dalam kempen pelancaran ini, Cha Eun-woo tampil menggayakan UNO Ryze dalam warna Natural Grey, sekali gus menonjolkan gabungan gaya klasik dan moden yang menjadi identiti kasut ini.

3. Direka untuk yang mahukan ketinggian & keyakinan
UNO Ryze hadir dengan rekaan tumit setinggi 1.5 inci yang memberikan efek ‘lift’ secara subtil, membantu meningkatkan postur dan keyakinan pemakai tanpa mengorbankan kestabilan.
4. Fokus keselesaan sepanjang hari
Kasut ini dilengkapi dengan Skechers Air-Cooled Memory Foam yang memberikan kusyen lembut dan pengudaraan baik sejak langkah pertama, sesuai untuk pemakaian harian yang panjang.
5. Midsole Skech-Air dengan beg udara 180 darjah
Teknologi Skech-Air 180-degree visible airbag pada bahagian midsole memberikan rasa responsif dan sokongan tambahan, menjadikan setiap langkah lebih selesa dan stabil.

6. Pilihan warna versatil untuk lelaki & wanita
UNO Ryze dilancarkan dalam tiga pilihan warna bagi setiap kategori:
Lelaki: Black, Black Natural Grey, Navy Natural
Wanita: Natural Pink, Natural Yellow, Pink Multi
Setiap warna direka agar mudah digayakan sama ada bersama athleisure, denim atau fesyen jalanan monokrom.
7. Harga berpatutuan!
Skechers Street UNO Ryze ditawarkan pada harga RM399 dan kini boleh didapati di kedai Skechers Concept terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama serta secara dalam talian di laman web rasmi Skechers Malaysia.