Skip to main content

Kecantikan

"Confidence Cannot Be Bottled" - Tak Perlu Terlalu Banyak Produk, Ini 5 Prinsip Kecantikan Yang Lebih Realistik

"Confidence Cannot Be Bottled" - Tak Perlu Terlalu Banyak Produk, Ini 5 Prinsip Kecantikan Yang Lebih Realistik

Sekilas

  • Pengasas ANAAKA, Adam Chukri, menekankan konsep halal sebagai standard kualiti yang boleh dihargai semua pengguna, bukan hanya untuk Muslim.
  • Proses halal bermula dari pemilihan bahan hingga pembuatan, dengan fokus pada kebersihan, keselamatan, dan ketelusan, disokong oleh pensijilan antarabangsa.
  • ANAAKA memperkenalkan konsep H-Beauty dengan rutin penjagaan kulit yang ringkas dan menekankan kesihatan kulit serta penerimaan penuaan secara positif.
Advertisement

Dalam dunia kecantikan yang semakin dipenuhi trend, rutin berlapis-lapis dan tekanan untuk kelihatan muda, pengasas ANAAKA, Adam Chukri memilih pendekatan berbeza dengan mengetengahkan konsep halal sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang menekankan kebersihan, keselamatan, ketelusan dan kualiti.

Menurut Adam, halal tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang eksklusif untuk pengguna Muslim sahaja, sebaliknya sebagai satu standard yang boleh dihargai oleh semua pengguna.

Advertisement

Berikut lima perkara utama yang mahu diketengahkan Adam dalam mengubah cara masyarakat melihat halal, kecantikan dan penjagaan diri.

1. Halal bukan sekadar untuk Muslim

Pandangan Adam terhadap konsep halal berubah selepas satu kajian dijalankan sebelum ANAAKA memasuki pasaran Slovakia.

Kajian itu mendapati 78 peratus responden mengaitkan halal dengan ayam, manakala selebihnya mengakui tidak benar-benar memahami maksud istilah tersebut.

Namun apabila ditanya mengenai restoran halal, kebanyakan responden menggambarkannya sebagai bersih, selamat, asli, segar dan boleh dipercayai.

“That was when I realised I was not simply building a halal brand. I was actually building a brand founded on trust.

“Consumers may not actively look for halal products, but they are always looking for products they can trust. Once they understand the values behind halal, they see it as a mark of quality,” katanya.

Menurut Adam, pengalaman itu membuatkannya sedar pengguna sebenarnya bukan hanya mencari sesuatu label, tetapi keyakinan terhadap nilai yang dibawa oleh sesebuah produk.

2. Pensijilan halal bukan bermula pada sijil

Adam turut mahu mengubah salah faham bahawa sesuatu produk hanya dianggap memenuhi standard halal selepas menerima pensijilan.

Sebaliknya, menurutnya, proses tersebut bermula sejak pemilihan bahan mentah, penyelidikan, formulasi, pembuatan, kawalan kualiti dan pembungkusan hingga kepada keberkesanan setiap ramuan.

“Certification is only the final validation. Premium halal begins with the careful selection of every ingredient, how it is developed, and how the entire process is managed.

“Halal is not intended to limit who can use a product. Instead, it raises standards for everyone. Values such as cleanliness, safety, transparency and integrity are appreciated by all consumers,” katanya.

Dalam aspek formulasi, ANAAKA mengetengahkan tiga ramuan utama iaitu Immortelle, air mawar dan Hyaluronic Acid halal.

Immortelle merupakan bunga Mediterranean yang terkenal sebagai antara minyak pati bernilai tinggi, air mawar pula digunakan kerana sifatnya yang menenangkan kulit, manakala Hyaluronic Acid halal diperoleh daripada spesies cendawan sebagai alternatif kepada sumber konvensional.

“We do not choose an ingredient simply because it is popular, but because its benefits have been proven. If an ingredient does not add value to the skin, it will not become part of our formulation,” katanya.

Setiap produk turut disokong pensijilan halal oleh IIDC Germany, pengesahan pakar dermatologi antarabangsa Dr. Jen Haley serta status Premium Made in Italy yang merangkumi proses formulasi, pembuatan dan pembungkusan.

3. Tak perlu terlalu banyak langkah penjagaan kulit

Seiring perubahan gaya hidup pengguna, Adam turut memperkenalkan konsep H-Beauty yang memberi fokus kepada rutin lebih ringkas, telus dan berorientasikan kesihatan kulit.

Konsep tersebut dibina menerusi lima nilai utama iaitu Human, Healthy, Honest, Harmonious dan Halal.

Pendekatan itu diwujudkan sebagai respons terhadap rutin penjagaan kulit yang semakin kompleks dengan terlalu banyak produk serta trend yang sentiasa berubah.

“We do not believe skin needs too many steps. What it needs are quality formulations that complement one another and genuinely work,” katanya.

Falsafah sama turut diperluaskan kepada penjagaan rambut menerusi VOILEE yang diinspirasikan daripada pengalaman rawatan premium head spa.

Rangkaian berkenaan menggabungkan aroma melur, lavender dan oud selain diformulasikan tanpa sulfat, silikon dan paraben.

4. Penuaan bukan musuh

Bagi Adam, antara perkara yang perlu diubah dalam industri kecantikan ialah cara masyarakat melihat proses penuaan.

Dia tidak percaya penjagaan kulit sepatutnya menjual impian untuk kelihatan lebih muda semata-mata.

Sebaliknya, tumpuan seharusnya diberikan kepada kulit yang lebih sihat serta membantu wanita menghargai diri sendiri pada setiap peringkat kehidupan.

“A cream cannot create confidence. A serum cannot create self-worth. Confidence cannot be bottled. What we can do is help women achieve healthier skin so that their confidence can naturally shine through.

“I hope ANAAKA will be remembered not for its marketing campaigns or packaging, but for changing the way people perceive halal, luxury and beauty,” katanya.

5. Pengalaman produk turut dibawa ke ruang fizikal dan digital

Bagi pengguna yang mahu melihat sendiri rangkaian produk ANAAKA, jenama tersebut mempunyai butik di Seibu, The Exchange TRX.

Maklumat terkini mengenai promosi, tawaran serta kod diskaun semasa pula boleh didapati menerusi laman sesawang dan platform media sosial rasmi ANAAKA.

Bagi Adam, hala tuju akhirnya tetap sama iaitu mengubah cara orang melihat hubungan antara halal, kemewahan dan kecantikan agar tidak lagi dilihat sebagai perkara yang terpisah, sebaliknya sebahagian daripada gaya hidup yang lebih telus, berkualiti dan berteraskan kepercayaan.
 

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Must Watch Video

Advertisement