Skip to main content

Selebriti

Daler Yusuf Pilih Cara Tegas Didik Anak-Anak, Hadkan Guna Tablet - “Dulu Bila ‘Screen Time’ Banyak, Gaduh, Cepat Marah, Tak Bertegur…”

Daler Yusuf tegas didik anak

Sekilas

  • Daler Yusuf berkongsi pandangan bahawa anak-anak perlu dididik dengan disiplin dan rutin konsisten walaupun ada yang tidak setuju dengan paksaan dalam aktiviti.
  • Daler mengehadkan penggunaan gajet anak-anak dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti seperti renang, tinju, dan kelas Al-Quran untuk mengelakkan kebosanan dan sikap malas.
  • Selepas mengurangkan masa skrin, Daler melihat perubahan positif dalam interaksi dan hubungan adik-beradik anaknya yang menjadi lebih rapat dan kurang bergaduh.

Pelakon, Daler Yusuf berpendapat anak-anak perlu dididik dengan disiplin dan rutin yang konsisten, meskipun ada pihak beranggapan mereka tidak wajar dipaksa melakukan sesuatu aktiviti.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Daler berkata dia terpanggil untuk berkongsi pandangannya selepas menonton satu video memaparkan luahan seorang kanak-kanak yang tidak gemar dipaksa menyertai aktiviti sukan oleh bapanya.

Kata Daler, apa yang menarik perhatiannya adalah apabila melihat ada sebilangan besar netizen bersetuju dengan pandangan bahawa ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak dalam melakukan aktiviti yang mereka tidak minati.

Bagaimanapun, Daler menjelaskan realiti sebagai ibu bapa agak berbeza apabila anak-anak kini lebih cenderung memilih aktiviti santai seperti bermain permainan video atau menonton kandungan di telefon jika diberi kebebasan sepenuhnya.

“Baru-baru ni Daler tengok satu video pasal kids yang cakap ayah dia paksa buat sukan, dan dia tak suka. Ramai pula di komen sokong, kata ‘tak boleh paksa anak’.

“Tapi sejujurnya, anak-anak Daler pun kalau ikut kehendak mereka, memang tak nak buat apa-apa.

“Mereka nak duduk rumah je main Roblox, Minecraft, atau tengok YouTube Shorts. Bila tanya minat apa… memang ‘tak ada’,” coretnya.

Disebabkan itu, Daler berkata dia mengambil pendekatan dengan mengehadkan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anaknya.

Malah, Daler hanya membernarkan penggunaan tablet sekali seminggu manakala selebihnya diisi dengan aktiviti seperti kelas renang, tinju dan kelas Al-Quran.

“Jadi Daler buat keputusan untuk limit gadget. Daler bagi tablet hanya sekali seminggu, dan Daler “paksa” mereka ikut aktiviti macam swimming class, boxing, dan kelas Quran.

“Mula-mula memang mereka sedih, rasa terpaksa. Tapi lama-lama Alhamdulillah mereka mula enjoy sebab ada kawan-kawan dekat sana. Sekarang mereka sendiri yang excited nak pergi,” jelasnya.



Dalam masa yang sama, Daler turut melihat perubahan positif apabila anak-anaknya lebih banyak berinteraksi dan kurang bergaduh selepas masa skrin dikurangkan.

“Dulu bila screen time banyak, sikit-sikit gaduh, cepat marah, tak nak bertegur. Tapi sejak kurangkan tablet dan screen time, Alhamdulillah mereka lebih banyak berborak, main sama-sama, dan bonding sebagai siblings.

“Bagi Daler, anak-anak memang perlukan disiplin dan rutin, bukan ikut mood semata-mata. Sebab disiplin tu yang akan bantu mereka berjaya dalam hidup nanti,” kongsinya.

Sumber: Threads @daleryusuf

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement