Jenama kesihatan dan kesejahteraan NutriWell kini rasmi dilancarkan di Malaysia di bawah Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), membawa misi untuk menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses dan menyeronokkan.
Selepas kejayaan di Singapura dan Thailand, NutriWell memperkenalkan rangkaian minuman berasaskan tumbuhan yang bukan saja sihat, tapi juga sedap betul!
Advertisement
Berikut 5 sebab kenapa NutriWell patut jadi sebahagian daripada rutin harian anda.
1. 'Healthy Should Taste This Good'
Ramai anggap makanan sihat itu hambar, tapi NutriWell mengubah tanggapan itu. Melalui kempen serantau bertemakan 'Healthy Should Taste This Good', NutriWell membuktikan bahawa minuman berasaskan tumbuhan boleh berkhasiat dan lazat.
Setiap botol dirumus khas untuk gaya hidup moden sesuai diminum di rumah, di pejabat, mahupun ketika chill di kafe kegemaran.

2. Minuman berasaskan tumbuhan yang kaya khasiat
Rangkaian NutriWell diinspirasikan oleh alam semula jadi dan disokong oleh sains pemakanan. Setiap varian bebas kolesterol, tanpa bahan pengawet tambahan, kaya kalsium, dan tinggi Vitamin D, sesuai untuk mereka yang mencari alternatif bebas tenusu.

Antara pilihan utama:
NutriWell Oat M!lk — lemak berkrim, lembut, tinggi Vitamin D.
NutriWell Almond M!lk — rasa badam yang pekat dan wangi.
Oats & Quinoa Soy M!lk — gabungan oat dan quinoa penuh tenaga.
Purple Rice Soy M!lk — kombinasi beras ungu & soya kaya antioksidan dan serat.
3. Diformulasi untuk generasi aktif
Menurut Leong Wai Yin, Ketua Pegawai Pemasaran F&N Beverages Marketing, inspirasi NutriWell datang daripada generasi muda Malaysia yang aktif dan semakin sedar tentang kesejahteraan diri.
"Sama ada anda ke kelas pilates, sertai pickleball, atau sekadar mahu snek minuman sihat di pejabat, NutriWell direka dengan rasa yang dekat dengan citarasa tempatan dan nilai nutrisi yang tinggi," katanya.

4. Kempen digital
NutriWell turut memperkukuh kehadiran digitalnya dengan laman web dan platform media sosial baharu. Ia bukan sekadar tempat promosi produk tetapi hab kesejahteraan interaktif dengan tip kesihatan, info ramuan dan inspirasi gaya hidup sihat untuk semua.
Pendek kata, kesejahteraan kini hanya satu klik sahaja!

5. Boleh didapati di pasaran
Kalau anda sudah tak sabar nak mencuba, NutriWell kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Giant, Lotus’s, AEON MaxValu, AEON BiG, Mydin, Jaya Grocer, dan TFP Retail terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut dan kandungan menarik, layari nutriwellglobal.com/my