Skip to main content

Gaya Hidup

Guru Agama Tak Setuju Cara Pempengaruh Buat Teguran Di Laman Sosial - “Menegur Kemungkaran Itu Benar Tapi…”

Tegur

Sekilas

  • Ustaz Haziq Al Qomari menegur pempengaruh yang menggunakan cara kurang sesuai dalam menyampaikan teguran di media sosial.
  • Beliau menekankan pentingnya pendekatan lembut dan hikmah dalam berdakwah supaya mesej sampai tanpa melukakan perasaan orang lain.
  • Ustaz Haziq menyeru semua pihak memperbaiki cara menegur agar dakwah memberi manfaat dan tidak menimbulkan mudarat.

Seorang guru agama yang dikenali sebagai Ustaz Haziq Al Qomari menegur tindakan seorang pempengaruh yang didakwa menggunakan pendekatan kurang sesuai ketika menyampaikan teguran di media sosial.

Menurutnya, walaupun niat untuk menegur sesuatu kemungkaran adalah satu perkara yang baik, namun cara penyampaian juga memainkan peranan penting dalam memastikan mesej tersebut sampai dengan berkesan.

“Saya sangat tidak setuju dengan cara teguran begini. Dalam Islam, matlamat tak menghalalkan cara.

“Menegur kemungkaran itu benar, tapi cara menghina, melabel, dan membuka aib itu bukan dakwah, itu merosakkan,” katanya.

Dia turut mengingatkan bahawa dalam ajaran Islam, pendekatan lembut sangat dititikberatkan, bahkan terhadap individu yang menentang kebenaran sekalipun.

Jelasnya, teguran yang benar seharusnya mampu mendekatkan seseorang kepada taubat, bukannya menjauhkan mereka daripada hidayah.

“Allah suruh berdakwah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Bahkan kepada Firaun pun diperintahkan berkata lembut. Jadi kenapa sesama Muslim kita pilih untuk mencaci?” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa niat untuk melakukan amar makruf nahi mungkar sememangnya mulia, namun cara pelaksanaannya juga merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

“Menegur dengan kata kasar dan hinaan bukan mengajar, tetapi melukakan. Di situ kita perlu tanya, ini dakwah kerana Allah atau kerana diri?” tambahnya.

Ustaz Haziq turut mengingatkan bahawa rezeki yang diberkati tidak seharusnya dibina di atas perasaan orang lain yang terguris.

Sehubungan itu, dia menyeru semua pihak agar sentiasa memperbaiki cara dalam menegur, supaya dakwah yang disampaikan benar-benar memberi manfaat dan tidak menimbulkan mudarat.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement