Skip to main content

Gaya Hidup

Ilmu Masuk, Vibe Pun Best! Program #SimpanBaikBaik KWSP Jadi Extra Special Dengan Alif Satar & Penampilan Khas Usahawan-Usahawan Muda

KWSP

Sekilas

  • Kempen KWSP 'Simpan Baik-Baik' galakkan generasi muda menyimpan dengan bijak, konsisten dan awal untuk masa depan yang lebih terjamin.
  • Program Literasi Kewangan di UiTM Pulau Pinang gabungkan aktiviti menarik seperti kelas sulam dan workshop teh matcha bersama influencer serta hiburan artis popular.
  • Cara mudah simpan dengan KWSP termasuk guna aplikasi i-Akaun, rancang kewangan, dapatkan nasihat pegawai RA, dan ikuti saluran rasmi KWSP untuk info tepat.

‘Simpan Baik-Baik' : Kempen KWSP Ajak Kita Jaga Duit Macam Jaga Hati 

Simpan Baik-Baik ialah kempen KWSP (ya, tempat kita simpan duit untuk bersara tu!) yang nak ingatkan kita supaya mula menyimpan dengan bijak, konsisten, dan tak last minute. Senang cerita, KWSP nak kita semua enjoy masa muda, tapi jangan lupa masa depan juga perlukan “top up”! 

Kempen ni juga ajak kita jadi lebih celik dalam pengurusan kewangan;- sebab makin kita faham fasal duit, makin mudah kita nak uruskan hidup kita nanti. 

Untuk tarik minat generasi muda khususnya dari kalangan pelajar IPT, baru-baru ini telah berlangsung Program Literasi Kewangan #SimpanBaikBaik (PLKSBB) KWSP yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Pulau Pinang pada 4 hingga 6 November lalu.  

Banyak aktiviti dibuat dan tambah menarik lagi student UiTM dapat berkongsi ilmu menyulam (ya, betul. Anda tak salah baca – kelas jahitan sulam) bersama influencer, BenangbyNini.  

Malah, ada juga ‘Sip Matcha Baik Baik’ matcha workshop (ya, anda tak salah baca lagi. Memang ada workshop buat teh macha) bersama Idrina Hani tau! 

Paling special, student yang hadir dapat beramah mesra dan berhibur dengan selebriti terkenal Alif Satar & The Locos dan Kucaimars. 

Memang meriah, memang fun!  

Jadi, siapa kata KWSP untuk yang sudah bekerja sahaja? Lagi awal anda menyimpan lagi banyak simpanan anda dalam KWSP nanti. Jadi, apa tunggu lagi?  

 

Cara-Cara Nak ‘Simpan Dengan Bijak’ Versi KWSP 

1. Guna Aplikasi i-Akaun di smart phone anda – Semudah Download & Swipe! 

Nak semak baki simpanan? Boleh. 
Nak tambah simpanan? Lagi la boleh. 
Semua dalam poket je dengan aplikasi KWSP i-Akaun. Serius senang—tak payah beratur, tak payah drama. 

2. Rancang Kewangan — Jangan la Main Redah Je 

Tak perlu jadi pakar kewangan. Asalkan kita tahu serba sedikit macam mana nak urus duit, itu dah cukup untuk bantu kita bina masa depan yang lebih chill bila dah bersara nanti. 

3. Tanya Pegawai RA KWSP — Mereka Sentiasa Bersedia Untuk Membantu  

Kalau blur, tak tahu nak mula dari mana, jumpa Pegawai Relationship & Advisory (RA) KWSP di pejabat KWSP terdekat. Tapi kalau bernasib baik, boleh berjumpa mereka buka booth di kawasan tumpuan orang ramai. RA ini memang trained and qualified untuk bantu kita faham pilihan simpanan dan cara merancang. Kira macam “kawan kewangan” kita lah. 

4. Ikut Saluran Komunikasi Rasmi KWSP — Jangan Ikut Khabar Angin 

Nak info sahih, updated, tips kewangan, video best? Follow je semua platform rasmi KWSP untuk kita uruskan duit dan buat simpanan masa depan.  Simpan awal walaupun sikit, lama-lama pasti dapat hidup tenang. Mulakan hari ini ya, nanti in future anda akan cakap: “Terima kasih ya sebab ingatkan saya!”

Must-Watch Video

Advertisement