Skip to main content

Gaya Hidup Lelaki

Meerqeen Anak Malaysia Pertama Bintangi Kempen Global Aidilfitri Sulung YSL Beauty - “Dapat Berada Di Pentas Besar Untuk Wakili Negara…”

meerqeen ysl

Sekilas

  • YSL Beauty buat pertama kali lancar kempen khas Aidilfitri bertajuk ‘The Golden Celebration’ di Malaysia dengan pelakon Meerqeen sebagai duta utama.
  • Meerqeen rasa terharu dan bangga jadi rakyat Malaysia pertama yang terlibat dalam kempen global berprestij ini.
  • Kempen ini turut menampilkan selebriti antarabangsa Luna Maya dan Boran Kuzum, serta berlangsung di booth L’Oreal Luxe IOI Putrajaya sehingga 9 Mac.

Jenama Perancis terkenal, YSL Beauty buat julung kalinya melancarkan kempen khas sempena Aidilfitri tahun ini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat pasaran Malaysia.

Lebih membanggakan, kempen global yang diberi judul ‘The Golden Celebration’ ini dibintangi oleh pelakon popular serta duta YSL Beauty Malaysia, Meerqeen.

Menurut Meerqeen, dia berasa amat terharu dan teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk terlibat dalam kempen berprestij tersebut dan mewakili Malaysia.

“Sejujurnya saya tidak percaya saya terpilih untuk kempen ini kerana seperti yang semua tahu, sebagai rakyat Malaysia, dapat berada di pentas besar untuk mewakili negara adalah satu penghormatan yang sangat besar.

“Dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjayakan kempen Aidilfitri ini, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati. Sejujurnya, saya juga sangat gementar,” ujarnya.

Meerqeen berkata demikian ketika membuat kemunculan istimewa acara meet & greet di booth L’Oreal Luxe Multi-Branded Eid Mubarak, IOI Putrajaya pada Ahad.

Booth Eid pop-up itu akan berada di IOI Putrajaya sehingga 9 Mac ini.

Selain Meerqeen, dua lagi selebriti yang dilantik untuk kempen berkenaan ialah Luna Maya dari Indonesia dan Boran Kuzum dari Turkiye.

Untuk info, Meerqeen dilantik sebagai duta kepada produk foundation and fragrance franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.

Malah Meerqeen juga pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris pada September 2023.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Must-Watch Video

Advertisement