Skip to main content

Gaya Hidup

Mencipta Sejarah Dan Memecahkan Rekod Dunia, Deretan Anak Malaysia Ini Terus Harumkan Nama Negara Di Pentas Antarabangsa

Mencipta Sejarah Dan Memecahkan Rekod Dunia, Deretan Anak Malaysia Ini Terus Harumkan Nama Negara Di Pentas Antarabangsa

Sekilas

  • Malaysia telah melahirkan ramai tokoh hebat dalam pelbagai bidang seperti angkasawan pertama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pelakon Oscar Tan Sri Michelle Yeoh.
  • Dalam dunia digital dan animasi, pencapaian Sofyank dalam VFX dan kejayaan Upin & Ipin mencipta sejarah di peringkat antarabangsa membuktikan kreativiti anak tempatan.
  • Bidang sukan dan muzik turut menyaksikan kejayaan besar seperti legenda skuasy Datuk Nicol David, jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, penyanyi Yuna, dan pelumba rali Karamjit Singh.
Advertisement

Malaysia mungkin sebuah negara kecil pada peta dunia, namun bakat anak tempatan sudah lama membuktikan kemampuan mereka dalam pelbagai bidang termasuk sains, seni, teknologi digital, animasi, muzik dan sukan.

Lebih membanggakan, ada antara mereka yang bukan sekadar mencipta kejayaan peribadi, malah turut memecahkan rekod serta membuka jalan kepada generasi Malaysia seterusnya.

Advertisement

Antara pencapaian paling bersejarah sudah tentu milik Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi rakyat Malaysia pertama diterbangkan ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 menerusi Soyuz TMA-11.

Bukan sekadar ‘melancong’ ke angkasa, pakar bedah ortopedik itu berada selama sembilan hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan menjalankan enam eksperimen sains hayat serta demonstrasi pendidikan.

df

Menariknya, misi tersebut berlangsung ketika penghujung Ramadan dan beliau sempat berkongsi hidangan sate Malaysia bersama kru lain sempena sambutan Aidilfitri.

df

Dalam dunia perfileman pula, nama Tan Sri Michelle Yeoh terpahat dalam sejarah selepas memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All at Once pada 2023.

Kemenangan tersebut menjadikan anak kelahiran Ipoh, Perak itu wanita Asia pertama memenangi kategori berkenaan sepanjang sejarah Oscar, selain rakyat Malaysia pertama membawa pulang anugerah lakonan paling berprestij di Hollywood.

fbg

Daripada layar perak, anak Malaysia turut menunjukkan taring dalam dunia penciptaan kandungan digital menerusi Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah.

Bermula dengan menghasilkan video menggunakan kesan khas visual (VFX) dari rumah, Sofyank akhirnya memenangi Ultimate VFX Challenge anjuran pencipta kandungan terkenal dunia, Zach King di Los Angeles pada 2023.

Lebih membanggakan, dia menewaskan peserta antarabangsa dari United Kingdom dan Belanda, membuktikan kreativiti anak tempatan mampu bersaing dalam industri kesan visual dunia.

fvbg

Nama Malaysia turut tersebar ke seluruh rantau menerusi pasangan kembar animasi, Upin dan Ipin hasil terbitan Les’ Copaque Production.

Siapa sangka watak yang pada awalnya direka tanpa rambut kerana lebih mudah dimodel dan dianimasikan akhirnya berkembang menjadi antara francais animasi paling dikenali di Asia Tenggara.

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal pula mencipta sejarah apabila menjadi animasi Malaysia pertama melengkapkan tayangan kelayakan Oscar dan disenaraikan bersama 32 karya lain yang dipertimbangkan untuk kategori Filem Animasi Terbaik pada 2020.

Karya tersebut bersaing dalam senarai sama dengan filem gergasi seperti Toy Story 4 dan Frozen 2, selain memenangi pengiktirafan cerita terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa Animaze, Montreal. Bagaimanapun, filem tersebut tidak terpilih sebagai lima calon akhir Oscar.

dv

Dalam arena sukan, legenda skuasy negara Datuk Nicol David bukan sahaja pernah menjadi pemain nombor satu dunia, malah mempertahankan kedudukan tersebut selama 108 bulan berturut-turut bermula Ogos 2006.

Rekod luar biasa itu dilengkapkan dengan lapan gelaran juara dunia yang dimenanginya antara 2005 hingga 2014, menjadikan Nicol antara pemain skuasy paling dominan dalam sejarah sukan tersebut.

fgb

Turut mencipta sejarah ialah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang membawa pulang tiga pingat perak Olimpik secara berturut-turut pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Lebih luar biasa, beliau memegang rekod sebagai pemain perseorangan lelaki paling lama menghuni kedudukan nombor satu dunia, iaitu selama 349 minggu, selain mengumpul 69 gelaran sepanjang kariernya.

Sumbangan dan pencapaian hebatnya turut mendapat pengiktirafan apabila Lee Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 2023, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain badminton terhebat dalam sejarah.

fdvg

Industri muzik antarabangsa juga pernah menyaksikan kejayaan Yuna apabila lagu Crush duet bersama penyanyi Amerika Syarikat, Usher menjadi lagu pertamanya menembusi carta Billboard.

Lagu tersebut menduduki tangga ketiga carta Adult R&B Billboard, manakala album Chapters turut dipilih antara 10 album R&B terbaik 2016 oleh pengkritik Billboard.

Tidak ketinggalan, legenda rali negara Karamjit Singh mencipta sejarah pada 2002 apabila menjadi pelumba Asia pertama menjuarai Kejuaraan Rali Dunia Kereta Produksi FIA.

Digelar Flying Sikh, Karamjit turut menjuarai Kejuaraan Rali Asia Pasifik sebanyak tiga kali pada 2001, 2002 dan 2004, sekali gus mengangkat Malaysia dalam sukan permotoran dunia.

Kejayaan anak-anak Malaysia tersebut bukan sahaja membanggakan negara, malah menjadi bukti bahawa dengan keberanian, disiplin dan kreativiti, nama Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan kuasa besar dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

Yooka Men Hoodies Half Sleeve With Hood 220GSM Hoodie Outerwear Sweater Losse-fitting Top Lelaki 11 colors available

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement