Skip to main content

Gaya Hidup

“Orang Tak Boleh Tengok, Orang Takut” - Baru Seminggu Kerja, Lelaki Ini Pernah Dipecat Kerana Ichthyosis

Menerusi temu bual bersama BFM Radio, Firdaus berkongsi pengalaman diberhentikan kerja sebagai pencuci kereta oleh majikannya kerana bimbang keadaan kulitnya menyebabkan pelanggan takut untuk berkunjung ke premis berkenaan.

Sekilas

  • Muhd Firdaus Mehat, pengasas Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia, berkongsi pengalaman diskriminasi apabila dipecat dari kerja pencuci kereta kerana kondisi kulitnya menyebabkan pelanggan takut.
  • Firdaus percaya diskriminasi terhadap penghidap Ichthyosis masih berlaku secara halus dan tersembunyi walaupun tidak lagi secara terang-terangan seperti dahulu.
  • Pengalaman tersebut mendorong Firdaus untuk terus memperjuangkan hak golongan penghidap Ichthyosis sambil tetap optimis bahawa masih ramai yang memahami dan menerima mereka.
Advertisement

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia, Muhd Firdaus Mehat mengakui pernah berdepan diskriminasi dalam pekerjaan hanya kerana kondisi kulit yang dialaminya.

Menerusi temu bual bersama BFM Radio, Firdaus berkongsi pengalaman diberhentikan kerja sebagai pencuci kereta oleh majikannya kerana bimbang keadaan kulitnya menyebabkan pelanggan takut untuk berkunjung ke premis berkenaan.

Advertisement

“Sangat-sangat pernah. Bukan pernah... sangat-sangat pernah dan selalu pun. Masa itu saya baru lepas SPM. Saya rasa inilah pekerjaan pertama saya yang sangat sesuai dengan kami sebagai pencuci kereta. 

“Itu je, bukanlah profesional pun, pencuci kereta, sebab boleh bermain dengan air kan? Jadi lembap. Sangat sesuai. Bagi saya sangat okey. Dah cukuplah untuk sedikit membantu kehidupan.

“Tetapi saya bekerja situ tak sampai seminggu, tiba-tiba diberitahu oleh majikan, "Kamu esok tak payah datang kerjalah.

“Saya cakap, "Kenapa boss? Saya tak boleh buat kerja ke? Saya ada buat silap ke? Ada saya bagi pecahkan kereta siapa-siapa ke?

"Tak. Tak, tak, tak. Orang tak boleh tengok. Orang takut." Dia kata, "Nanti kamu masuk kereta orang ni, nanti dia orang takut nanti berjangkit dekat dia orang.

“Ah, saya terpaksa terimalah. Oh, baru di situ saya sedar maknanya diskriminasi dalam bidang pekerjaan. Walaupun sebenarnya itu pekerjaan yang sesuai dengan kami, tapi itu pun tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Dalam pada itu, Firdaus percaya diskriminasi terhadap penghidap Ichthyosis masih berlaku sehingga hari ini, namun dalam bentuk yang lebih terselindung.

Katanya, berbeza dengan pengalaman yang pernah dilaluinya ketika muda, bentuk diskriminasi pada masa kini mungkin tidak disampaikan secara terang-terangan, sebaliknya berlaku melalui penolakan yang dilakukan secara halus.


“Saya rasa masih berlaku, tetapi dalam senyap. Maknanya kadang-kadang pengalaman kita, kita boleh menolak dalam senyum. Itu biasa. Diorang tak macam zaman saya yang saya ceritakan tadi, agak kasar. 

“Sebab saya masih melihat kebanyakan penghidap-penghidap kami masih lagi tercari-cari. Kawan-kawan saya pun ramai yang mempunyai kelayakan akademik yang baik, tetapi tidak dapat peluang yang sewajarnya. Sebab itu saya kata maknanya diskriminasi secara senyap itu masih berjalan.

Tambah Firdaus, pengalaman tersebut menjadi antara sebab dia terus berusaha menyuarakan hak serta nasib golongan penghidap Ichthyosis di Malaysia.

Bagaimanapun, dia tidak mahu semua pengalaman buruk tersebut membuatkan dirinya melihat masyarakat secara negatif.

Sebaliknya, Firdaus percaya masih ramai individu yang baik dan sanggup menerima serta memahami keadaan golongan penghidap Ichthyosis.

“Ya. Kita kena terima sajalah. Itu mungkin nasib kita lah. Tetapi saya juga tak pernah menolak bahawa bukan semua orang baik dan bukan semua orang tak baik. 

“Masih ramai yang baik di luar sana. Jadi yang penting kita survive dan mungkin suatu hari nanti kita ada sinar,” ujarnya. 

Sumber: Instagram BFM Radio

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement