Skip to main content

Gaya Hidup

Susah Nak Lulus Pinjaman Rumah? Ini Perkara Anda Perlu Tahu

Rumah

Ramai orang nak beli rumah tapi kerap kecewa bila permohonan pinjaman mereka ditolak bank. 

Pendidik kewangan, Faiz Azmi berkongsi beberapa sebab utama kenapa perkara ini berlaku dan apa yang boleh dibuat untuk meningkatkan peluang lulus.


Menurut Faiz, salah faham biasa ialah orang ingat rekod kosong atau "bersih" lebih mudah lulus. 

Hakikatnya, kalau kita tak pernah ada sebarang rekod pinjaman dalam sistem seperti CCRIS atau CTOS, bank akan ragu-ragu sama ada kita mampu bayar ansuran bulanan.

Jadi lebih baik ada rekod pinjaman kecil (dan dibayar cantik) berbanding tiada rekod langsung.

Advertisement


Satu lagi faktor besar ialah Debt Service Ratio (DSR) – iaitu nisbah antara pendapatan dengan hutang bulanan. 

Kalau DSR terlalu tinggi, bank akan rasa risiko kita tak mampu bayar balik pinjaman rumah.
 
Cara terbaik adalah selesaikan hutang-hutang lain dahulu sebelum mohon pinjaman perumahan.

 

Pinjaman rumah bukan sekadar tentang gaji besar. Bank nak tengok disiplin kita urus hutang, jadi anda perlu jaga rekod kredit, kawal DSR dan pastikan kewangan dalam keadaan stabil sebelum mohon. 

Itu kuncinya untuk tingkatkan peluang pinjaman rumah diluluskan.

Must-Watch Video

Advertisement