Sekilas
- Taiwan giat mempromosikan pelancongan melalui kempen besar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan konsep menarik seperti "Taiwan — Waves of Wonder" di Queensbay Mall.
- Destinasi ini terkenal dengan suasana meriah siang dan malam serta semakin mesra Muslim, menduduki tangga keempat dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2025.
- Faktor penerbangan singkat, bebas visa, dan gabungan alam, budaya serta makanan menjadikan Taiwan pilihan utama pelancong Malaysia untuk percutian singkat.
Taiwan kembali mencuri perhatian pelancong Malaysia apabila negara itu giat mempromosikan pelbagai pengalaman percutian baharu menerusi kempen pelancongan berskala besar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Berikut antara tarikan utama yang membuatkan ramai mula memasukkan Taiwan dalam senarai destinasi wajib pergi tahun ini:
1. Lokasi ‘Instagrammable’ Jadi Tarikan Utama
Pameran pelancongan Taiwan di Queensbay Mall, Pulau Pinang tampil dengan konsep “Taiwan — Waves of Wonder” lengkap dengan maskot OhBear dan dekorasi belon udara panas Taitung yang menjadi spot bergambar pengunjung.
2. Taiwan Dianggap “Meriah Siang dan Malam”
Pempengaruh Malaysia seperti LizQin dan Cayeeloh turut berkongsi pengalaman mereka melancong ke Taiwan.
Mereka menyifatkan Taiwan sebagai destinasi yang sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti, makanan dan lokasi menarik.

“Taiwan sentiasa ‘meriah siang dan malam’,” kongsi mereka ketika sesi promosi tersebut.
3. Semakin Mesra Muslim
Taiwan kini semakin serius memperkukuh imej sebagai destinasi mesra Muslim dan berjaya menduduki tangga keempat destinasi bukan OIC terbaik dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2025.

4. Penerbangan Dekat & Bebas Visa
Selain penerbangan yang singkat dari Malaysia, faktor kemasukan tanpa visa terus menjadi antara sebab utama ramai memilih Taiwan sebagai lokasi percutian singkat bersama keluarga atau rakan-rakan.

5. Gabungan Alam, Budaya & Makanan Dalam Satu Destinasi
Taiwan bukan sekadar terkenal dengan pasar malam dan bubble tea, tetapi turut menawarkan pengalaman budaya, gunung-ganang, pantai serta dunia kulinari yang pelbagai.
Menurut Pengarah Taiwan Tourism Administration Kuala Lumpur Office, Abe Chou, promosi gaya hidup dan kandungan digital akan terus diperluaskan bagi memastikan Taiwan kekal menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia.
“Matlamatnya adalah untuk memastikan Taiwan kekal menjadi pilihan utama (top-of-mind) serta destinasi kunjungan berulang yang digemari oleh pelancong Malaysia,” katanya.
