Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Syukur Dapat Bertahan, Ronnie Hussien Reda Tinggalkan Pentas GV - “Yang Penting Bagi Saya Adalah Selepas…”

gempak
Asyraf Roslan
03/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Syukur Dapat Bertahan, Ronnie Hussien Reda Tinggalkan Pentas GV - “Yang Penting Bagi Saya Adalah Selepas…”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Ronnie Hussien meluahkan rasa syukur kerana dapat bertahan sehingga ke minggu separuh akhir.
Baginya, dapat bertahan selama itu adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dirinya lebih-lebih lagi menjadi peserta lelaki tunggal dari Malaysia yang berjaya mara ke tahap itu.
“Apa-apa pun syukur, ini adalah pentas yang sangat besar dan dapat bertahan selama sebelas minggu adalah sangat membanggakan bagi saya. Dan saya salah seorang peserta lelaki tunggal dari Malaysia.
“Apa pun dalam adat pertandingan mesti ada yang kena keluar tapi bagi saya yang penting adalah selepas keluar itu adalah pentas sebenar.
“Saya kena cepatkan langkah saya untuk keluarkan lagu atau apa-apa project yang baharu,” kata Ronnie ketika ditemui Gempak.
Meskipun sedikit kecewa kerana tidak berjaya melangkah ke pentas akhir, Ronnie tetap merasa puas kerana berjaya memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu sehingga melayakkannya berada di pentas separuh akhir GV11.
“Sejujurnya setiap minggu saya hanya mahu mara ke minggu seterusnya dan untuk minggu ini pastinya saya mahu ke final, tapi ini adalah ketentuan Allah dan saya rasa ada yang lebih memerlukan daripada saya dekat dalam GV ini.
“Saya tidak rasa frust atau terkejut sebenarnya sebab saya rasa perjalanan saya paling jauh adalah minggu kelapan atau kesembilan tapi sampai ke separuh akhir saya rasa sangat puas,” ujarnya.
Ronnie gagal mara ke pentas akhir selepas mendapat markah sebanyak 59.70 menerusi persembahannya yang membawakan lagi Revolusi dan Impian Cinta nyanyian asal REM.
Selain Ronnie turut berada ditangga tiga terbawah adalah The Lima dan Zehra Zambri.
Untuk minggu separuh akhir, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema ‘Separuh Akhir’ dimana mereka harus menyanyikan lagu berentak perlahan dan laju secara medley.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Lebih istimewa, minggu separuh akhir juga menyaksikan Datuk M.Nasir menjadi juri jemputan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024