Gegar Vaganza 9

GV9: “Saya Tak Tahu Jika Minggu Itu Saya Tersingkir Mesti Saya Akan…” – Tomok Tak Nak Simpan Taring, Mahu All Out Setiap Minggu!

gempak
Shahrin Zulkifle
27/10/2022
09:00 MYT
Sponsor Banner
GV9: “Saya Tak Tahu Jika Minggu Itu Saya Tersingkir Mesti Saya Akan…” – Tomok Tak Nak Simpan Taring, Mahu All Out Setiap Minggu!
Bintang program Gegar Vaganza 9 (GV 9) Tomok akui tidak pernah menyimpan ‘taringnya’ dalam setiap persembahan yang dilakukan di pentas pertandingan tersebut.
Jelas Tomok atau nama penuhnya, Shah Indrawan Ismail, 38, dia akan sentiasa memberikan sepenuh tenaga dalam setiap persembahannya.
“Saya tak pernah simpan ‘taring’ untuk minggu-minggu seterusnya, kerana untuk saya sendiri akan tetap bagi semua kudrat yang saya ada, setiap minggu merupakan final untuk saya.
“Tak pernah nak simpan sikit untuk minggu akan datang, sebabnya saya tak tahu jika minggu itu saya tersingkir mesti saya akan rugi.
“Jadi apa yang ada saya akan bagi seratus peratus pada persembahan saya. Rezeki Allah yang tentukan, kalau dah tertulis untuk saya maka kepunyaan saya lah,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, persembahan Tomok pada konsert minggu keenam GV9 menerusi lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys telah menduduki tempat pertama dengan memperoleh markah 84%.
Malah, ketua juri GV9 iaitu Ramli MS turut mendedahkan pelantun lagu Meraung itu telah memperoleh markah kreativiti persembahan paling tinggi pernah dicatatkan sepanjang musim.
BACA: Tomok Pecah Rekod Markah Kreativiti Persembahan Paling Tinggi, Ramli MS Dedah Puncanya; “Saya Tak Pernah Bagi Markah Setinggi Itu…”
Ditanya mengenai konsep persembahan pada minggu keenam, Tomok menjelaskan ia adalah hasil perahan ideanya sendiri bersama pasukan yang dilantiknya.
“Ini pertama kali saya bawa lagu Backstreet Boys, kemudian nak kena menari lagi, pakai make up lagi memang agak mencabar.
“Lagu ini konsep dia memang dah elemen hantu, jadi saya cuba untuk buat lebih kurang sama dengan konsep lagu itu kemudian saya tambahkan lagi sedikit kelainan, saya masukkan Pirate of The Carabian sedikit dan pergerakan Michael Jackson.
“Idea itu saya usulkan juga pada Tok Ram (Ramli MS) dan dia pun setuju. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
“Idea ini asalnya daripada saya dan pasukan saya, tidak datang daripada saya seorang. Ia hasil kerja sepasukan, saya bagi credit kepada orang-orang yang berada di belakang saya yang beri banyak idea untuk minggu keenam ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024