,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Infaq Separuh Duit Kemenangan Juara GV6 - "Ketika Itu PKP, Ramai Orang Susah"

Amri Hassan
30/09/2023
15:55 MYT
Juara Gegar Vaganza musim keenam GV6, Naqiu mendedahkan separuh daripada duit kemenangannya ketika itu diinfaqkan kepada golongan memerlukan.
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik Covid-19.
"Sebenarnya separuh daripada duit kemenangan itu saya infaqkan sebab ketika itu PKP, ramai orang dalam kesusahan.
"Tapi saya bukan jenis yang pergi ke lokasi tertentu, saya ambil nombor akaun saya transfer," ujarnya ketika ditemubual untuk segmen Pintu Belakang All Stars Gegar Vaganza.
Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk bergelar juara musim ini, jawab Naqiu; "Saya tak yakin tapi saya akan cuba, dapat tak dapat itu belakang cerita. Kalau tak cuba tak tahu."
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.