,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “No Tak Wujud Isu Pilih Kasih” - Datuk Ramli MS

Mya Amri
10/10/2023
00:55 MYT
Tiga barisan juri profesional dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat menegaskan tidak wujud sebarang unsur pilih kasih dalam pembahagian markah.
“No tidak, saya tak rasa wujud isu tentang pilih kasih,” kata Ramli atau lebih mesra dengan penggilan Tok Ram ini dengan tegas.
Menjelaskan lebih lanjut, Syafinaz berkata mereka bertiga menjalankan tugas sebagai pemberi markah kepada peserta yang bertanding itu secara profesional.
“Saya rasa komen kami mungkin berlapik tetapi tiada favoritism (pilih kasih). Kalau ada favoritism rasanya tak akan keluar semua bintang sampai akhir.
“Kami semua profesional dan bercakap benda yang benar, apa yang kami nampak. Kadang-kadang benda itu mungkin pada anda okay.
“Sebagai contoh bila saya komen menyanyi sharp, orang bersorak kerana mereka tidak faham apa yang kami maksudkan.
“Mungkin mereka anggap ia adalah satu pujian sedangkan tidak,” jelasnya.
Syafinaz berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media konsert All Stars Gegar Vaganza minggu ketiga bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Terdahulu, terdapat beberapa komen netizen media sosial yang menyatakan rasa tidak berpuas hati tentang ulasan dan juga pemarkahan juri terhadap beberapa bintang GV10 di konsert ketiga ini.
BACA: GV10: Ayai, Zamani & Aishah Di Paras Bahaya, Alamak Tok Ram Dah Warning Semua Bintang!
BACA: GV10: Ayai Illusi Terselamat, Tiada Penyingkiran Konsert Ketiga! Tok Ram Warning Nyanyi Elok-Elok Next Week BACA: GV10: “Tak Boleh Tipu, Ada Rasa Bersalah Pada…” - Azharina Hiba, Menangis Bukan Sebab Sentap Dengan Juri
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.