Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Dafi Tak Kisah Digelar Penyanyi Sendu - "Itu Semua Lumrah, Saya Terima"

Ernalisa
03/10/2024 09:25 MYT
Penyanyi dan bintang kelahiran rancangan Akademi Fantasia 5, Dafi tidak kisah seandainya dilabelkan sebagai artis sendu.

Jelas Dafi, dia sentiasa meletakkan jangkaan dan bersedia dengan apa saja kebarangkalian dalam kerjaya seninya.

BERITA BERKAITAN : Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA BERKAITAN : Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

BERITA BERKAITAN : Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

BERITA BERKAITAN : #FoodiesLife: Hero-Hero Nasi Lemak Berkampung Di 'I Eat Nasi Lemak' - "Rakyat Malaysia Boleh Makan Ramai-Ramai Tak Kira Bangsa & Agama"

“Sebenarnya, sejak awal lagi saya sudah menetapkan mental saya supaya apa-apa sahaja boleh berlaku dalam dunia seni.


“Memang akan ada pasang surut, jadi saya pun tak terkecuali. Jadi, bagi saya, perkara itu bukanlah masalah besar. Saya terima keadaan itu.

“Orang nak cakap saya sendu atau tiada job, saya terima. Tapi seperti yang saya cakap, itu semua lumrah, lebih-lebih lagi untuk penyanyi macam saya,” katanya.


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Dafi muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Hellooo!.

Lagu gubahan Shazee Ishak dengan lirik oleh Altimet itu telah dilancarkan bulan lalu.

“Mungkin kehadiran saya tidak begitu kelihatan dalam industri seni ini, namun saya masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam bidang ini.

“Sebagai anak seni, semua ini tidak mematahkan minat dan semangat saya untuk meneruskan kerjaya yang saya cintai,” katanya.

#Sendu #Dafi #Semangat #Tetap #dilabel #walau
;