”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega
Ernalisa
06/09/2024 11:55 MYT
06/09/2024 11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Menurut Rahmat, kenyataannya ini mungkin membuatkan ada pihak yang terasa namun baginya itulah realiti yang perlu dihadapi.
Menurut Rahmat, kenyataannya ini mungkin membuatkan ada pihak yang terasa namun baginya itulah realiti yang perlu dihadapi.
BERITA BERKAITAN : Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!
BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"
BERITA BERKAITAN : Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."
BERITA BERKAITAN : Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang
"Lagu sekarang umpama hanya meniti dibibir tetapi tidak masuk di hati. Kalau kita tengok kenapa lagu dulu-dulu melekat? Sebab sampai dijiwa dan meruntun bila didengar berulang-ulang.
“Bagi saya, peranan lagu itu yang pertama ialah cerita dalam setiap lirik yang kita sampaikan. Sebagai contoh kalau lagu yang pertama kita gabungkan, dia akan jadi kombinasi. Kombinasi ini yang akan jadikan lagu itu terus melekat dalam memori.
"Sebab lagu hari ini contoh lagu Inggeris di Melayukan jadi tak sedap. Mana sedap sangat kita nak dengar. Dalam erti kata lain lagu itu kosong, umpama tiada makna pada bait lagu tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai rahsia awet muda walau mencecah 60 tahun, Rahmat memberitahu dia masih mengamalkan gaya hidup sihat.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi sihat dan bertenaga pada usia sekarang. Sebenarnya, soal penjagaan kesihatan perlu bermula ketika zaman remaja dan bukannya bila jatuh sakit baru nak jaga.
"Pada masa sama, kebanyakan lagu nyanyian saya semuanya bernada tinggi, jadi saya kena sentiasa cergas dan bertenaga supaya dapat beri yang terbaik kepada penonton," katanya.