Pelawak, Yang Se Chan dikecam netizen kerana didakwa bersikap biadap terhadap salah seorang anggota Running Man iaitu Jeon So Min.

Dalam epsisod terbaharu Running Man, Se Chan dan So Min dikehendaki bermain permainan popular Korea iaitu ‘of course game’ atau juga dikenali sebagai Dangyunhaji.

Se Chan bagaimanapun membuat beberapa komen kurang enak mengenai bekas teman lelaki So Min sewaktu permainan berlangsung dan menyebabkan pelakon wanita itu kalah.

Antara komen Se Chan yang membuat netizen rasa agak melampau adalah:

“Adakah anda masih bertemu dengan lelaki tersebut?”, “Adakah semasa awak melakukan penggambaran adegan ciuman, adakah awak memikirkan tentang bekas teman lelaki awak?”

Netizen juga mengatakan bahawa reaksi So Min pada ketika itu jelas menunjukkan dirinya berasa tidak selesa sebaik sahaja hal percintaannya dibangkitkan.

Malah di Twitter juga rata-rata berpendapat tindakan Se Chan itu agak melampaui batas walaupun mereka berdua merupakan kawan rapat.






Tidak kurang ada juga yang berpendapat bahawa perkara itu adalah biasa bagi rancangan hiburan.

Bagaimanapun So Min dan Se Chan belum memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, So Min pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Yoon Hyun Min sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Dalam salah satu episod Running Man, So Min juga mendedahkan dia memutuskan hubungan cinta selepas mendapati teman lelakinya ‘menipu dirinya’.

Sumber: Koreaboo / Allkpop