Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang bakal berkuat kuasa pada 11 Mei, bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua akaun, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.

Akaun Persaraan (75 peratus) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel (10 peratus) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Namun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan terdesak sahaja.

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bagi tujuan memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP yang melibatkan perubahan daripada dua akaun kepada tiga akaun seperti berikut:

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

Akaun 55 dan Akaun Emas

Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.

Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas.

Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024.

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

Contoh Pengiraan, Pelaksanaan Pemindahan Ke Akaun 3



Rajah berikutnya merupakan senario pindahan dari akaun Sejahtera ke akaun Persaraan & Fleksibel untuk yang ada baki kurang RM3,000 dalam akaun Sejahtera





Sumber: eCentral

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP