,
Artis Korea

Apink Naeun Akhirnya Pilih Untuk Join YG Entertainment

Mya Amri
04/05/2021
01:50 MYT
Anggota kumpulan K-Pop Apink, Son Naeun akhirnya memilih YG Entertainment sebagai agensi untuk menguruskan kerjaya seninya.
Berita itu juga disahkan oleh YG Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.
“Kami berasa gembira dan ingin memaklumkan bahawa artis berbakat besar, Son Naeun telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
“Naeun kini sedang mengembangkan bakatnya sebagai seorang pelakon dan kami akan memberikan sokongan penuh terhadap kerjayanya,” jelas kenyataan itu.
Naeun sebelum ini mengesahkan tidak lagi bernaung bawah agensi Play M Entertainment ekoran kontraknya bersama syarikat tersebut tamat pada 29 April lalu selepas 10 tahun bersama.
Walaupun menjadi satu-satunya anggota Apink yang tidak memperbaharui kontrak bersama agensi berkenaan, Naeun mengesahkan Apink tidak akan dibubarkan.
Malah Play M juga memberi jaminan Apink akan kekal sebagai enam orang anggota iaitu Naeun, Chorong, Yoon Bomi, Jung Eun Ji, Namjoo, dan Hayoung.
YG Entertainment terkenal sebagai agensi yang berjaya menghasilkan dan menguruskan selebriti terkemuka dalam bidang lakonan termasuklah Yoo In Na, Kang Dong Won, Lee Sung Kyung, Cha Seung Won, Kim Hee Ae, dan Jang Ki Yong.
Terdahulu, Naeun debut sebagai anggota kumpulan Apink pada tahun 2011.
Naeun kemudiannya melebarkan sayap sebagai seorang pelakon dengan muncul dalam beberapa drama antaranya Second 20s, Cinderella and the Four Knights dan Dinner Mate.
Tahun ini Naeun bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Disqualified as a Human bersama pelakon hebat Jeon Do Yeon dan Ryu Jun Yeol.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

gempak
22/07/2024
14:55 MYT
Selepas lapan tahun ‘dibubarkan’, kumpulan K-Pop 2NE1 diumum telah ‘kembali’ ke pangkuan agensi YG Entertainment dengan perkhabaran comeback, selain konsert jelajah dunia yang dijangka bermula Oktober ini.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
BorakSeeni