Kumpulan K-Pop ASTRO telah dipilih menjadi duta global jenama Asia terkemuka yang terkenal dengan tagline beli dahulu bayar kemudian iaitu Atome.

Sebagai duta jenama global Atome, ASTRO juga akan menjadi wajah utama kempen membeli-belah musim cuti Atome, #OwnTheExtraordinary, bermula semalam sehingga akhir tahun ini.

Kempen serantau ini akan menjadi kempen 360 darjah dengan pelbagai cabaran interaktif, aktiviti dan promosi atas talian dan luar talian sepanjang tempoh empat bulan.

Sepanjang tahun lalu, rangkaian pedagang Atome di Malaysia telah berkembang kepada lebih 500 peruncit atas talian dan luar talian.

Jenama termasuklah ZALORA, Agoda, L'OCCITANE, FashionValet, ALDO, Hush Puppies, Amazin 'Graze, Box Of Bricks (reseller LEGO), XIXILI, Li-Ning, SHEIN, Stream Empire Holdings, The Marathon Shop and Machines dan Switch (penjual semula premium Apple) yang merangkumi pelbagai kategori seperti kecantikan, fesyen, keperluan perjalanan, peralatan rumah dan gaya hidup.

"Kami amat teruja apabila ASTRO dilantik menjadi duta jenama global Atome yang baru. Atome adalah sebuah jenama yang memberi kuasa kepada pengguna muda dalam memenuhi aspirasi dan hasrat mereka.

“ASTRO merupakan kumpulan yang sentiasa berusaha dalam memberi inspirasi, berhubung dan berkembang bersama peminat mereka menerusi muzik, dan sesuai dengan hala tuju mereka.

“Kami berharap kerjasama ini dapat memberi inspirasi dan impak positif kepada jutaan peminat kami di seluruh Asia,” kata Fantagio, agensi pengurusan ASTRO.

Menurut Pengurus Besar Atome Singapura dan Malaysia, Trasy Lou-Walsh juga kempen ini dapat memberikan galakan kepada pengguna yang lebih muda.

"Kami sangat berbesar hati untuk mengumumkan ASTRO sebagai duta jenama selebriti global kami di samping melancarkan kempen #OwnTheExtraordinary di Malaysia.

“Kami berharap dapat berhubung dengan peminat setia ASTRO yang sentiasa bersemangat di Malaysia dan peminat Hallyu secara keseluruhan.

“Menerusi kempen ini, kami berharap dapat menggalakkan pengguna muda untuk mengambil langkah positif dalam memperbaiki diri.

“Selain mengembangkan hobi dan aspirasi mereka menjelang musim beli-belah hujung tahun yang sibuk,” katanya.

Kempen #OwnTheExtraordinary akan menampilkan tawaran dan ganjaran eksklusif daripada jenama seperti L'OCCITANE, Garmin, Hush Puppies, Switch, XIXILI dan Melissa Shoes, dan merangkumi musim-musim perayaan dan acara-acara jualan utama, termasuk 11.11, Black Friday Cyber Monday, 12.12 dan perayaan Krismas.

Kempen ini bakal dilancarkan dengan rangkaian aktiviti teaser atas talian di Malaysia, diikuti dengan cabaran Pengalaman Luar Biasa di akaun Instagram rasmi Atome MY, Beli dan Menang, Extraificent Hunt, dengan barangan eksklusif ASTRO untuk dimenangi.

Terdapat juga kandungan interaktif mengenai tips berbelanja dan membeli belah secara berhemah bagi membantu pembeli Malaysia dalam membuat keputusan pembelian yang cermat di samping menguruskan perbelanjaan mereka.

Atome boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Ikuti Atome di Instagram, Facebook dan Linkedin.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU