Drama Korea popular, Extraordinary Attorney Woo berjaya menarik perhatian penerbit Amerika Syarikat untuk dijadikan sebagai karya adaptasi.

Perkara itu disahkan oleh stesen televisyen JTBC selaku penyiar kandungan baru-baru ini.

"Dengan daya tarikan istimewa dan momentum luar biasa yang diberikan oleh Extraordinary Attorney Woo, kami sudah pun ada tawaran untuk pembuatan semula drama ini di luar negara.

“Antaranya Amerika Syarikat yang sedang giat membuat tawaran untuk mengadaptasi drama itu,” jelasnya.

Extraordinary Attorney Woo dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Young, Joo Hyun Young, Baek Ji Won dan Jeon Bae Soo.

Sebelum ini, drama Korea, Good Doctor yang diadaptasi dan diterbitkan di Amerika Syarikat mendapat sambutan ramai.

Good Doctor berjaya menduduki tempat pertama dalam penarafan penonton di saluran ABC, dan berterusan sehingga musim 5.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU