Belum pun sampai tanggal 1 Januari 2023, namun tirai tahun ini ditutup dengan kisah bahagia apabila pelakon terkenal Korea di sahkan bercinta dengan penyanyi kesayangan negara tersebut iaitu IU.

Berita itu didedahkan oleh portal Eksklusif Korea, Dispatch hari ini.

Menurut Dispatch, Jong Suk dan IU telah menjalinkan hubungan cinta kira-kira empat bulan dan pasangan ini juga meluangkan masa bersama pada cuti musim sejuk selama tiga hari, dua malam di Nagoya, Jepun.

Tidak hanya cakap kosong, Dispatch juga mengeluarkan foto merakamkan Jong Suk dan IU yang berada di lapangan terbang semasa perjalanan menunuju ke Nagoya dan juga selepas perjalanan balik.

Percutian itu dikatakan telah dirancang sendiri oleh Jong Suk, yang dilaporkan menerbangkan IU bersama adik lelakinya ke Jepun terlebih dahulu sebelum menyertai mereka.

Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.

Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.

Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.

Antaranya, Rain dan Kim Tae Hee (2013), SNSD Yoona dan Lee Seunggi (2014), EXO Kai dan BLACKPINK Jennie (2019), Hyun Bin dan Son Ye Jin (2021), G-Dragon dan BLACKPINK Jennie (2021) serta T-Ara Hyomin dan pemain bola sepak, Hwang Ui Jo (2022).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU