Artis Korea
How You Like That! BLACKPINK Pecah Lima Rekod Dunia
Kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK memecahkan rekod dunia sekali lagu menerusi lagu terbaharu berjudul How You Like That.
Menurut laman Guinness World Record, video muzik kuartet tersebut telah memecah tiga Rekod Dunia Guinness dengan merekodkan jumlah tontonan sebanyak 86.3 juta dalam masa 24 jam.
Dengan jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama MV tersebut dikeluarkan, How You Like That telah memecah rekod:
1.Video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam.
2.MV yang paling banyak ditonton di laman YouTube dalam 24 jam.
3.MV oleh kumpulan K-Pop yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.
Manakala video tayangan perdana secara berasingan pula mencatatkan 1.66 juta tontonan serentak.
BLACKPINK juga berjaya mencatat dua lagi rekod Guinness iaitu video tayangan perdana di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi dan tayangan perdana MV di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi.
Terdahulu, How You Like That merupakan lagu single pertama mereka selepas lagu hit Kill This Love.
BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini merupakan artis di bawah naungan YG Entertainment.
Mereka membuat kemunculan sulung pada tahun 2016 dengan lagu Boombayah dan Whistle.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi, Koreaboo
Must-Watch Video