gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bekas Pengetua Dipenjara 107 Tahun Kerana Rogol, Salah Laku Seksual Pelajar
HIBURAN
Abby Abadi Enggan Panjangkan Isu Babitkan Keluarga, Harap Marissa Lalui Perkahwinan Dengan Tenang - “Dia Tetap Anak Saya”
HIBURAN
"Move On Cepat Atau Lambat Saya Serah Pada Allah" - Fattah Amin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

Jang Nara Stress Kena Kecam Bila Dipuji Awet Muda Tak Macam 41 Tahun - “Saya Tak Pernah Cakap Pun”

Mya Amri
Mya Amri
15/04/2021
14:32 MYT
Sponsor Banner
Jang Nara Stress Kena Kecam Bila Dipuji Awet Muda Tak Macam 41 Tahun - “Saya Tak Pernah Cakap Pun”
Pelakon dan penyanyi Korea, Jang Nara, 41, akui berasa tertekan apabila menerima pujian mengatakan dirinya kelihatan awet muda.
Menurut Nara, pujian itu menyebabkan dirinya menerima kecaman netizen sehingga ada kata-kata yang mengguris hatinya.
“Saya berasa tertekan dengan komen jahat netizen. Saya secara peribadi tidak pernah mengatakan bahawa saya kelihatan muda untuk usia ini.
“Tetapi setiap kali ada artikel yang menulis tentang saya kelihatan muda, saya menerima komen-komen negative yang mengatakan ‘siapa kata anda kelihatan muda?’.
“Perkara sebegini benar-benar mengecewakan, sebab bukan saya sendiri yang kata saya nampak muda,” jelasnya.
Nara meluahkan isi hatinya sewaktu hadir sebagai tetamu jemputan menerusi program terbitan KBS, Problematic Child in House pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Nara kini sedang mempromosikan drama terbaharu berjudul Sell Your Haunted House.
Selain Nara, bintang lain yang turut bersama dalam drama ini adalah penyanyi Jung Yong Hwa (CNBLUE).
BACA: Eh K-Drama Baru Ni Ada Jang Nara! Tengok Poster Pun Dah Tak Sabar
BACA: “Dah Lama Saya Idamkan Watak Macam Ni” - Jang Nara
Saksikan Sell Your Haunted House bermula pada 15 April 2021, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:10 malam di KBS World (saluran 392)
Nara membawakan watak sebagai Hong Ji Ah iaitu ketua kepada ejen hartanah, Daebak Real Estate dan juga pengusir syaitan.
Manakala Yong Hwa pula melakonkan watak sebagai Oh In Bum iaitu seorang penipu yang tidak percayakan unsur mistik namun terpaksa berpura-pura sebagai penghalau hantu demi mendapatkan wang.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Topic Berkaitan
#Artis Korea
#Awet Muda
#Gempak Chingu
#Daebak Real Estate
#Jang Nara
#Sell Your Haunted House
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement