Artis Korea

Jeon So Min Ambil Keputusan Berehat Dari Running Man

gempak
Mya Amri
20/04/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
Jeon So Min Ambil Keputusan Berehat Dari Running Man
Pelakon dan anggota Running Man Jeon So Min mengambil keputusan untuk berehat seketika dari program popular berkenaan.
Menurut agensinya Entertainment IAM, So Min dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan perkara itu kerana masalah kesihatan yang dialaminya.
“So Min memutuskan untuk berehat seketika kerana mengalami keletihan melampau baru-baru ini. Bagaimanapun masalah kesihatannya itu tiada kaitan dengan COVID-19 dan hanya berlaku kerana keletihan.
“Pada 30 Mac lalu, So Min telah mendapatkan rawatan doktor kerana berada dalam keadaan fizikal yang tidak baik. Dia kini sedang menghabiskan masa dengan berehat di rumah.
“Tidak ada yang serius, hanya kesihatan fizikalnya sahaja yang merosot akibat terlalu penat,” jelas wakilnya.
Agensinya juga turut memberitahu So Min akan mengambil sedikit masa untuk pulih.
“Kami telah berbincang dengan kakitangan SBS 'Running Man' dan mereka memahami situasi tersebut kerana So Min perlu mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih untuk berehat,” ujarnya.
Dalam pada itu, pihak SBS juga telah mengesahkan perkara itu.
“Hasil perbincangan, telah diputuskan bahawa So Min akan berehat selama satu bulan dari Running Man,” kata wakilnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live