Pelakon Korea, Honey Lee dilaporkan sedang hangat dilamun cinta.

Menerusi laporan Sport Seoul, Honey Lee berkenalan dengan teman lelakinya yang bukan dalam kalangan selebriti itu awal tahun ini.

“Honey Lee bertemu dengan teman lelakinya awal tahun ini selepas diperkenalkan oleh kenalan mereka,” ujar wakil industri.

Berita itu kemudiannya disahkan oleh agensi Honey Lee, Saram Entertainment.

“Ini merupakan kenyataan rasmi berkenaan berita mengenai hubungan cinta aktres kami, Honey Lee yang dilaporkan hari ini.

“Honey Lee kini bercinta dengan seorang yang bukan dalam kalangan industri dan serius dengan perkara itu.

“Perkenalan mereka bermula selepas berkenalan pada awal tahun ini.

“Bagaimanapun disebabkan dia bukan selebriti maka kami berhara anda semua memahami dan tidak mendedahkan maklumat peribadi mengenai teman lelakinya,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Honey Lee pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Yoo Kye Sang selama tujuh tahun.

Bagaimanapun pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah pada 11 Jun tahun lalu.

Sumber: Soompi

Kredit foto: Cosmopolitan


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!