Artis Korea

Leher Nampak Bengkak? Risau, Peminat Nasihat Dara Jumpa Doktor - “Macam Tanda Tiroid… “

gempak
Mya Amri
21/01/2021
09:27 MYT
Sponsor Banner
Leher Nampak Bengkak? Risau, Peminat Nasihat  Dara Jumpa Doktor - “Macam Tanda Tiroid… “
Kemunculan pelakon dan juga bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park dalam episod terbaharu rancangan MBC Video Star mencetuskan kebimbangan para peminatnya.
Penampilan Sandara atau lebih dikenali dengan panggilan Dara nampak sedikit berbeza apabila bahagian lehernya kelihatan sedikit membengkak.
Ketika Dara mengendalikan temu bual bersama tetamu jemputan, bengkak di bahagian lehernya semakin kelihatan jelas.
Ada yang mengatakan lehernya kelihatan lebih bengkak jika dibandingkan dengan penampilan Dara di kaca televisyen pada Disember lalu. Perkara itu sekaligus membuatkan peminatnya berasa risau dengan tahap kesihatan idola kesayangan mereka.
Peminat juga turut memberikan cadangan untuk Dara segera bertemu dengan doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan kerana dikhuatiri menghidap penyakit Tiroid.
Sebelum ini, kondisi leher Dara juga pernah menjadi bualan selepas muncul dalam rancangan KBS 2TV, Problem Child In The House pada 30 Disember lalu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop / Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024