Pelakon barisan utama drama hit Korea, Penthouse iaitu Lee Ji Ah, Kim So Yeon dan Eugene memberikan komen berkenaan musim ketiga yang akan bersiaran bermula esok.

Seakan-akan mengetahui ramai yang menantikan Penthouse, komen-komen yang diberikan mereka juga sudah cukup untuk membuatkan peminat drama ini mula berasa resah dan tidak sabar.

Menurut Lee Jin Ah yang memegang watak Shim Su Ryeon, untuk musim ketiga ini dia boleh diibaratkan sudah tidak mengenali dirinya.

“Secara kebetulan, saya menamatkan penggambaran pertama musim ketiga sebagai imej saya di bahagian akhir musim kedua.

“Saya rasa saya lebih menyukainya kerana rasanya sudah lama sejak kali terahir kita menjalani penggambaran bersama.

“Mengenai perkembangan watak musim ketiga, saya benar-benar tidak mengenali diri sendiri. Sejak Shim Su Ryeon lebih cenderung dengan kemarahan, saya dapat rasakan dia akan membuat melakukan sesuatu yang besar,” katanya.

Tambah Kim So Yeon yang membawakan watak Cheon So Jin, dia juga tidak dapat tidur dengan lena kerana gementar untuk menjalani penggambaran Penthouse 3.

“Saya tidak dapat tidur. Saya sepatutnya bangun pada jam 4.30 pagi namun saya baru dapat melelapkan mata lebih kurang 2:00 pagi.

“Saya sebenarnya agak risau tetapi saya sangat berterima kasih dengan pertolongan anda semua, disebabkan itu saya dapat menyelesaikan penggambaran dengan baik,” komennya.

Dalam pada itu, Eugene yang terkenal dengan watak Oh Yeon Hee memberikan ulasan yang cukup mendatangkan rasa ingin tahu peminat Penthouse.

“Anda semua mesti ada rasa perasaan ingin tahu tentang plot musim ketiga kan? Secara jujurnya kami juga melakukan penggambaran dengan rasa yang sama seperti anda.

“Malah semasa kami membaca skrip yang diberikan, kami juga sangat terkejut,” ujarnya dalam satu temu bual di belakang tabir bersama pelakon Penthouse.

BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae

Seperti diketahui, musim kedua Penthouse berakhir dengan cerita yang tergantung dan mengejutkan, di mana watak kesayangan ramai iaitu Logan Lee menjadi mangsa letupan sebuah kereta sebelum sempat bertemu dengan Shim Su Ryeon.

Untuk menjawab segala persoalan itu, Penthouse 3 akan memulakan tayangan premier pada Sabtu, 5 Jun, jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393).

Manakala untuk episod istimewa Penthouse 3 pula akan ditayangkan pada 5 Jun, jam 7.55pm di saluran yang sama iaitu ONE (saluran 393).

Sumber: Soompi