Pelakon Korea, Kang Sora menarik perhatian netizen dengan kecantikan wajahnya selepas melahirkan anak pertama.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Sora memuat naik foto terbaharunya selepas tiga minggu bersalin.

Dua foto tersebut merakamkan wajah polos Sora tanpa sebarang solekan dan sedang tersenyum memandang sesuatu di balkoni rumahnya.

“Rie unnie telah singgah dan meninggalkan foto-foto yang cantik ini,” tulisnya.

A post shared by Sora Kang (@reveramess_)


Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kecantikan aktres itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Sora kelihatan semakin muda walaupun sudah bergelar ibu pada usia 31 tahun.

Sora berkahwin dengan pasangannya yang bukan terdiri dari golongan selebriti pada Ogos 2020.

Sora kemudiannya selamat menimang cahaya mata perempuan pada April tahun ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu.