Artis Korea

Oh! Lee Min Ho Rupanya Takut Sangat Dengan Timun – “Saya Sebolehnya Akan Elakkan Dari Jumpa”

gempak
Mya Amri
09/09/2021
15:17 MYT
Sponsor Banner
Oh! Lee Min Ho Rupanya Takut Sangat Dengan Timun – “Saya Sebolehnya Akan Elakkan Dari Jumpa”
Pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho mendedahkan dirinya takut dengan sayur timun.
Min Ho berkongsi perkara itu dalam satu video wawancara di YouTube Esquire Korea baru-baru ini dengan menjawab soalan yang ditanya oleh peminat.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci namun Min Ho memaklumkan dia akan mengelak tempat-tempat yang mempunyai sayur berkenaan.
“Saya takut timun, saya rasa kebanyakan peminat saya mengetahui tentang perkara ini. Disebabkan saya seorang yang sangat takutkan timun, saya cuba elakkan tempat yang berdekatan dengan timun atau jauhkan timun dari saya,” katanya sambil ketawa.
Berbicara mengenai drama terbaharunya, Min Ho memaklumkan baru sahaja selesai menjalani penggambaran Pachinko untuk siri original oleh Apple TV.
“Saya baru selesaikan penggambaran untuk Pachinko dan sedang menunggu untuk tayangan tahun depan.
“Saya tahu peminat sedang menunggu projek saya yang seterusnya, saya harap Pachinko akan mendapat respon positif dan menjadi hadiah yang baik buat peminat,” ulasnya.
Pachinko yang merupakan drama adaptasi novel karya Min Je Lee ini akan didatangkan dengan tiga bahasa iaitu Inggeris, Korea dan Jepun.
Min Ho membawakan watak Hansu iaitu karakter yang digambarkan sebagai orang asing dan penuh teka-teki.
Hansu juga mempunyai hubungan dengan jenayah terancang yang terlibat dengan percintaan terlarang sehingga menimbulkan isu besar.
Pachinko merupakan drama terbaharu Min Ho selepas The King: Eternal Monarch yang ditayangkan pada April 2020.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Kredit foto: Instagram @actorleeminho
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live