Sejak pasangan selebriti terkenal Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin membuat pengumuman untuk berkahwin, ramai yang menyatakan rasa tidak sabar.

Boleh dikatakan kisah percintaan Ye Jin dan Hyun Bin atau lebih popular dengan gelaran #BinJinCouple ini semenangnya dinantikan peminat.

Mungkin ada yang belum tahu sebenarnya ketika penglibatan mereka dalam drama fenomena Crash Landing On You, ramai penonton mengharapkan Ye Jin dan Hyun Bin berakhir sebagai pasangan sebenar.

Ehem! Jadi maknanya impian penonton dah menjadi kenyataan lah kan?

Percintaan mereka bukan hanya sekadar di skrin malah ia bertahan jauh di luar skrin. Kini, selepas bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta, kedua-duanya merasmikannya dengan mengikat tali pertunangan! Awwww tahniah guys!

Meh #OhDaebak kongsikan beberapa perkara menarik tentang Ye Jin dan Hyun Bin.

1. Sebenarnya Hyun Bin dan Ye Jin bekerjasama buat kali pertama adalah dalam filem thriller berjudul The Negitiation pada tahun 2018. Tapi waktu ni mesti ada yang tak perasan kan?

2. Hubungan cinta pasangan ini didedahkan oleh portal eksklusif korea, Dispatch pada tahun 2021 beserta dengan foto sebagai bukti.

BACA: Impian Peminat Jadi Nyata! Pasangan Crash Landing On You, Hyun Bin, Son Ye Jin Sah Bercinta

3. Sebelum ini, Hyun Bin dan Ye Jin pernah digosipkan bercinta pada tahun 2018. Bagaimanapun mereka menafikan perkara itu.

4. Namun pada Januari 2019, pasangan ini sekali lagi dilihat bersama ketika di Amerika. Pada sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin digosipkan kembali sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.

5. Peminat juga sering beranggapan bahawa pasangan sebenarnya memang bercinta disebabkan keserasian mereka ketika berlakon memberikan vibes yang sangat sweet.

6. Klip video di belakang tabir Crash Landing On You juga merakamkan gelagat Hyun Bin gemar menyakat Ye Jin. Ehemmmmm sesuatu sangat kan?

7. Ye Jin juga mendedahkan bahawa Hyun Bin merupakan cinta pertamanya.

8. Ye Jin memaklumkan berita perkahwinannya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Posting itu juga disertakan dengan foto baju pengantin mini yang dipegang pelakon cantik ini.

BACA: Kongsi Baju Pengantin Mini, Son Ye Jin & Hyun Bin Umum Bakal Berkahwin – “Permulaan Hidup Baru Kami”

9. Majlis perkahwinan Hyun Bin dan Ye Jin akan pada bulan Mac tertutup di sebuah lokasi rahsia di Seoul, Korea. Perkahwinan itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan baik disebabkan pandemik COVID-19.

Selamat pengantin baru BinJin Couple!

Kredit foto: Google

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!