Artis Korea

Kongsi Baju Pengantin Mini, Son Ye Jin & Hyun Bin Umum Bakal Berkahwin – “Permulaan Hidup Baru Kami”

Mya Amri
10/02/2022
13:22 MYT
Tahun ini bakal menyaksikan penyatuan dua bintang terkenal Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin yang akan berkahwin tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan Ye Jin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Hantaran itu turut disertakan dengan foto baju pengantin mini yang dipegang olehnya.
“Sebelum menulis artikel ini, saya sangat bimbang tentang bagaimana untuk meluahkan perasaan saya.
“Saya ingin menceritakan kisah yang indah. Kerana ia adalah kisah yang sangat berharga. Saya telah menemui seseorang untuk menghabiskan sisa hidup saya… Ya, orang itu adalah dia.
“Dia adalah seorang yang sangat menenangkan. Saya fikir ia adalah sesuatu yang tidak dijangka untuk lelaki dan wanita bertemu, berkongsi rasa hati dan menjanjikan masa depan. Ia terjadi secara semulajadi.
“Kepada peminat saya, terima kasih untuk segalanya. Selama ini saya telah menerima kasih sayang anda, saya sangat-sangat bersyukur.
“Saya harap anda semua dapat memberkati masa depan yang akan kami cipta bersama,” coretnya.
BACA: Impian Peminat Jadi Nyata! Pasangan Crash Landing On You, Hyun Bin, Son Ye Jin Sah Bercinta
Terdahulu, pasangan bintang drama fenomena Crash Landing On You ini disahkan bercinta pada 1 Januari 2021.
Berita itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea iaitu Dispatch.
Sebelum ini, Hyun Bin dan Ye Jin pernah digosipkan bercinta pada tahun 2018. Bagaimanapun mereka menafikan perkara itu.
Namun pada Januari 2019, pasangan ini sekali lagi dilihat bersama ketika di Amerika. Pada sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin digosipkan kembali sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.