,
Artis Korea

Impian Peminat Jadi Nyata! Pasangan Crash Landing On You, Hyun Bin, Son Ye Jin Sah Bercinta

Mya Amri
01/01/2021
03:31 MYT
Pembukaan indah tahun 2021 apabila pelakon drama popular Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin disahkan bercinta.
Berita gembira itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch hari ini.
Menurut Dispatch, Hyun Bin dan Ye Jin telah menjalinkan hubungan cinta kira-kira lapan bulan.
Dispatch juga turut mengeluarkan foto merakamkan Hyun Bin dan Ye Jin mengunjungi kelab golf dan menghabiskan masa dengan bermain sukan berkenaan.
Sekiranya berkesempatan, pasangan ini akan meluangkan masa untuk bermain golf bersama di lapangan golf daerah Gangwon.
Bagaimanapun sejak Hyun Bin terpaksa berangkat ke Jordan untuk penggambaran filem terbaharunya pada Julai 2020 dan Ye Jin juga sibuk membuat persiapan untuk debut di Hollywood bagi filem Cross, kedua-dua mereka tidak mempunyai banyak masa bersama. Sebelum ini, Hyun Bin dan Ye Jin pernah digosipkan bercinta pada tahun 2018. Bagaimanapun mereka menafikan perkara itu.
Namun pada Januari 2019, pasangan ini sekali lagi dilihat bersama ketika di Amerika. Pada sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin digosipkan kembali sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.
Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.
Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.
Tahun lalu, Dispatch mendedahkan EXO Kai dan BLACKPINK Jennie menjalinan hubungan cinta dan berita itu kemudiannya disahkan oleh agensi mereka, SM Entertainment.
Namun selapas sebulan berita itu didedahkan, pasangan ini dilaporkan berpisah selepas empat bulan menjalinkan hubungan cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.
Hiburan

Jazmy Juma Jawab Dakwaan Hangat Bercinta Dengan Scha Elinnea - "Kami Memang ..."

gempak
06/08/2024
09:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Jazmy Juma memaklumkan dia dan aktres Scha Elinnea hanya berkawan dan bukan pasangan bercinta seperti yang hangat diperkatakan kini.