Artis Korea
#OhDaebak: Penthouse 3, Voice 4 & The Devil Judge, Mana Satu Pilihan Paling Power?
Tiga drama Korea yang sedang hangat ditayangkan dan menjadi perhatian adalah Penthouse 3, Voice 4 dan juga The Devil Jugde.
Ketiga-tiga drama ini sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri tidak kira sama ada segi jalan cerita, keserasian dan lakonan mantap mahu pun sinematografi yang begitu terperinci juga memainkan peranan penting dalam sesebuah drama.
Sebagai contoh lihat sahaja episod Voice 4 yang baru sahaja ditayangkan sebentar tadi sudah cukup untuk membuatkan peminat K-drama tidak sabar menunggu episod seterusnya pada minggu hadapan.
Lebih-lebih lagi dalam episod minggu ini, Voice 4 telah mendedahkan identiti sebenar Circus Man iaitu Dong Bang Min yang misteri.
Malah dalam poster rasmi Voice 4 juga, tagline berbunyi "telinga yang menyelamatkan vs telinga yang membunuh,” juga dilabelkan sebagai satu gambaran yang menakutkan kerana penjahat kali ini mempunyai empat personaliti berbeza. Ha power kan?
Habis sahaja episod Voice 4 sebentar tadi, penonton disajikan pula dengan kehabatan drama The Devil Judge lakonan Ji Sung dan Jinyoung GOT7 pada hari yang sama.
Kalau nak tahu, The Devil Judge minggu ini juga mencatatkan kenaikan rating yang banyak berbanding episod minggu lalu. Hebat kan?
Bahkan The Devil Judge juga mendapat tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran termasuk rangkaian penyiaran awam.
Guys, kalau nak tahu drama ni belum sampai enam episod pun rating dan mencanak tau. Rasanya memang rugi kalau korang tak cuba tonton drama ni.
Oh! Bercakap mengenai Penthouse 3, nampaknya rating kali ini kembali naik untuk episod keenam.
Menurut Nielsen Korea, siaran terbaru Penthouse 3 memperoleh penilaian purata 16.7 peratus di seluruh negara, menandakan sedikit kenaikan berbanding minggu sebelumnya.
Dalam pada itu, menerusi tinjauan di media sosial menunjukan penonton sudah hampir gila dengan jalan cerita Penthouse 3 namun masih lagi sanggup menonton kerana ingin tahu kesudahan Joo Dan Tae.
Malah ramai yang mengaku drama makjang ini adakalanya membuatkan mereka berasa lucu walaupun pada babak serius.
Antaranya apabila Logan dikhabarkan hidup walaupun selepas diisytiharkan terkorban dalam letupan sebelum ini.
Ini bukan kali pertama watak dalam Penthouse dihidupkan kerana sebelum ini Bae Ro Na dan Shim Su Ryeon juga dihidupkan.Apo Logan hidup balik lepas kena bom HAHAHHAHAHAHAHA tacodddd la #Penthouse3Ep6 ni pic.twitter.com/6n72a6kJKi— Farid Mansyur ???️ (@farid54191) July 10, 2021
Jadi, antara tiga ini, yang mana satu pilihan drama terbaik anda? Apa pun yang penting kita enjoy tonton drama betul tak?
Jangan lupa saksikan The Devil Judge, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.30 pm di tvN (saluran 395) dan Voice 4, setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.20 malam menerusi saluran yang sama.
Penthouse 3 pula disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video