Pelawak dan pemuzik Korea, Kim Chul Min menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun.

Media melaporkan mendiang telah meninggal dunia di Korea Cancer Canter Hospital semalam, 16 Disember hari yang sama ketika dimasukkan di wad hospital berkenaan.

Chul Min disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada 2019.

Sejak dua tahun lalu, dia telah berkongsi perjalanan rawatannya di media sosial, dan kekal positif tentang diagnosis serta potensi pemulihannya.

Bagaimanapun pada 10 Disember, dia berkongsi ungkapan terakhirnya di media sosial dengan mesej, “Terima kasih kepada semua orang, saya gembira. Terima kasih, saya mencintai awak.

Kim Chul Min memulakan kerjaya sebagai pelawak pada tahun 1994 dengan MBC. Dia juga menerima banyak sokongan sebagai pemuzik busking di Daehak-ro pada tahun 1980-an.

Semoga mendiang tenang dan takziah diucapkan kepada sahabat dan keluarganya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU