Artis Korea

“Saya Suka Emosi Mereka…” Pengarah Puji Lakonan Nam Joo Hyuk & Kim Tae Ri Dalam Twenty Five Twenty One

gempak
Mya Amri
14/02/2022
11:44 MYT
Sponsor Banner
“Saya Suka Emosi Mereka…” Pengarah Puji Lakonan Nam Joo Hyuk & Kim Tae Ri Dalam Twenty Five Twenty One
Walaupun baru sahaja tiga hari ditayangakan namun drama Korea terbaharu Netflix berjudul Twenty Five Twenty One mendapat respon positif penonton.
Menampilkan Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri sebagai tunggak utama ternyata pilihan pengarah iaitu Jung Ji Hyun sangat tepat.
Buktinya, lihat sahaja tahap keserasian antara Joo Hyuk dan Tae Ri melakonkan watak sebagai Baek Yi Jin dan Na Hee Do membuatkan ramai penonton suka.
Menurut pengarahnya, lakonan dan sikap kerjasama yang ditunjukkan Joo Hyuk dan Tae Ri sangat menyenangkan.
“Saya rasa melihat sahaja pada nama pelakon iaitu Nam Joo Hyuk dan Kim Tae Ri itu sendiri sudah memberikan kelebihan.
“Saya sangat suka emosi yang ditunjukkan mereka berdua. Segala tafsiran terhadap skrip dan emosi yang diberikan, mereka berdua berjaya menjiwainya dengan baik.
“Bukan itu sahaja, Joo Hyuk dan Tae Ri juga cukup bersedia membuat persiapan sehingga saya sendiri sebenarnya menerima idea daripada mereka.
“Secara jujurnya mereka juga banyak membantu saya semasa penggambaran berlangsung,” jelasnya dalam sidang media Twenty Five Twenty One yang berlangsung baru-baru ini.
BACA: Kisah Wartawan Dan Atlet Fencing, Twenty Five Twenty One Tampilkan Nam Joo Hyuk & Kim Tae Ri
Selain Joo Hyuk dan Tae Ri, pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Choi Hyun Wook, Bona (WJSN) dan Lee Joo Myung.
Drama terbitan tvN ini juga sudah pun ditayangkan di Netflix bermula 12 Februari lalu sempena hari kekasih.
Mengambil latar belakang tahun 1998, Twenty Five Twenty One mengisahkan tentang belia yang mencari hala tuju dan perkembangan baharu selepas impian mereka musnah akibat krisis kewangan.
Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin manakala Kim Tae Ri pula sebagai Naa Hee Doo.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika Hee Doo berusia 18 tahun dan Yi Jin 22 tahun. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian mereka jatuh cinta ketika usia masing-masing mencecah 21 dan 25 tahun.
Kim Tae Ri melakonkan watak sebagai seorang atlet fencing profesional bagi pasukan kebangsaan manakala Nam Joo Hyuk pula sebagai seorang wartawan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live