Artis Korea
“Selagi Ada, Saya Akan Teruskan” - 10 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Dedah Running Man Tak Pernah Bergaduh
Pelakon Lee Kwang Soo mendedahkan tidak pernah bergaduh bersama anggota Running Man walaupun sudah bersama selama 10 tahun.
Menurut Kwang Soo selagi rancangan itu diteruskan, dia tidak teragak-agak untuk terus mengacarakan Running Man bersama sahabat-sahabat yang lain.
“Saya teruskan untuk berada dalam Running Man selagi program itu masih bersiaran. Rasanya saya berada pada tahap ini pun adalah disebabkan Running Man dan saya sangat-sangat menyukai program berkenaan.
“Selama yang saya tahu, tidak. Kami tidak pernah bergaduh. Anggota yang lebih berusia selalu mengatakan, tidak ada banyak anggota kumpulan yang mendapat keserasian secara semulajadi.
“Saya tidak nafikan kadang kala perselisihan faham mengenai program itu berlaku suatu ketika dahuu, namun itu melibatkan perkara diluar jangkaan berbanding isu dalaman.
“Jadi saya rasa itu semua ada hikmahnya dan disebabkan isu itu jugalah yang membuatkan kami, anggota Running Man semakin rapat,” jelasnya.
Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video